Saturday 20 December 2008

Tuhan Yang Menentukan

Aku hanya mencari dan tuhan yang menentukan.

Kadang-kadang aku bingung kenapa perempuan yang aku jumpa selama ni asyik melukakan hati ku. Banyak kali gak aku couple tapi mesti tak kekal, adakah ini salah aku atau aku sahaja yang mengikut perasaan. Tapi pak cik aku kata, selalunya perempuan yang kita kenal dalam chatting ni ada yang "bohsia" puas aku bertekak ngan dia pasal benda ni.

Tapi aku jenis yang tetap pendirian, selagi aku tak nampak didepan mata aku selagi tu aku tak percaya. Kerana kalau asyik dengar cakap orang bukan dia yang tolong selesaikan masalah yang aku hadapi. Walaupun aku tak pernah bersua ngan dia, tapi suatu hari nanti aku kan bersua gak ngan dia, hanya tuhan yang menentukan masanya. Aku hanya berserah dan berdoa kepada tuhan supaya adakah dia merupakan perempuan yang aku cari selama ini.

Banyak aku dengar selalunya perempuan yang tinggal di Kedah ada diantaranya "bohsia". Pakai tudung tapi sebaliknya herm....Bagi aku, memang ada gak yang macam tu, tapi takkan semua perempuan yang kita "blind date" mcm tu kan ibarat pepatah mengatakan "Dalam Setandan Pisang Takkan Semuanya Busuk". Aku berkawan ngan semua orang sebab banyak benda yang kita tahu, mcm pelacur sebenarnya dia pun tak nak jadi tapi sebab ada diantaranya jadi pelacur sebab dianaya, ditipu, dipaksa, dan ada juga rela sebab senang dapat duit banyak (untuk menyara keluarga yang susah). Aku hanya berpegang pada satu perkara setiap manusia akan membuat kesalahan, walaupun kesalahannya menyebabkan perempuan itu kehilangan kesucian dirinya . Jika difikirkan kembali, adakah manusia dijadikan dimuka bumi ini untuk menjadi "bohsia" ??? Allah pernah berfirman "Akan aku tidak mengubah nasib seseorang itu jika seseorang itu tidak mengubah dirinya sendiri" jadi apa yang aku alami sekarang ini dianggap sebagai ujian daripada tuhan, semasa aku takda girlfriend semua perempuan menolak cinta aku, tak da sorang pun tanya "kenapa kau tak da girlfriend???" bila aku dah ada girlfriend ada jer orang yang nak bangkang, aku rasa ini memang tak adil. Aku rasa jika aku mati baru semua orang puas kot.

Jika betul dia tu bohsia dia akan berterus terang pada aku, dan aku jenis orang yang tak suka di tipu dan dipermainkan. Kakak aku tak cakap apa pun, parents aku pun tak bangkang, tapi kenapa pakcik aku yang aku sayang memberi nasihat kepada aku selama ini memberikan nasihat yang paing aku benci. Dia kata kenal perempuan yang dalam chatting ni semuanya bohsia, aku cukup tak sangka....@yuzz aku kenal dengan myspace iaitu blog bukan baru lama gak hampir 2 bulan aku kenal dan 2 minggu lebih aku bercinta...pakcik aku kata kalau nak betul2 jumpa dulu baru kenal. Korang bayangkan 10 orang yang aku jumpa dan kenal pun tak kekal hancur lebur cinta aku mereka buat. Aku hanya boleh berdoa dan bertawafkal kepada tuhan bahawa cinta, jodoh dan pertemuan ditangan tuhan. Walaupun aku kenal dia dalam myspace ia sudah dianggap sebagai pertemuan.

Tuhan itu maha kaya, jika betul Dilla merupakan jenis yang seperti pakcik aku sangkakan aku akan membawa diri dengan hati yang hancur seperti pasir yang tidak pernah terbentuk. Aku tau pakcik aku sayang aku, dan dia kata dia tak nak aku main makwe dan girlfriend ni dia nak aku tumpukan 100% kepada pelajaran aku kalau aku sayang dia aku kena buat, tapi kalau aku buat gak maknanya aku tak sayang dia, aku terfikir dia memang sayang kat aku, itu aku tahu tapi, dia kena fikir, aku ada perasaan cinta dan ingin dicintai, jika aku dah berjaya baru perempuan nak datang dan jika aku gagal siapa yang nak kat aku, jika difikirkan balik adakah itu dinamakan kesetiaan dan keikhlasan??

Aku sentiasa berdoa pada tuhan supaya aku ditemukan dengan perempuan yang aku cari bagi memberi aku nafas baru, semangat baru dan kehidupan yang baru. Aku dapat merasai bahawa kekuatan cintanya pada aku, dan bagi aku orang yang ingin menghalang aku menjalinkan hubungan dengan dia dianggap sebagai lalang. Aku hanya akan meninggalkannya jika parents aku dan dia tidak merestui hubungan kami. Kerana restu ibubapa adalah lebih afdhal berbanding pendapat orang lain. Jika asyik dengar kata orang sampai mati lor aku tak berkeluarga sendiri. Herm, entah lor hanya tuhan yang tahu bertapa kuatnya cinta aku pada dia dan hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa kuatnya cinta dia pada aku.

Kesucian cinta hanya akan lahir pada orang yang tengah bercinta dan merasai bertapa agungnya cinta mereka. Orang yang sudah berkeluarga sudah tidak perlu memikirkan pasal cinta kerana cinta mereka sudah sampai ke kemuncaknya.

Aku harap Dilla bukan seperti yang disangkakan dan dia masih suci dari segi kehormatannya. Hanya tuhan yang menentukan jodoh kami bukan orang lain.

2 comments:

PuTeRi AyA said...

salam
hi nazrin
not sure if ko igt ak lg
tp x ksh r
juz nk ckp
utk kekalkn cinta jrk jauh
hati ko kena ttp
ko x leh berubah sbb kata org
ak ckp dr pglmn..bkn tmpt bertemu menentukn kebaikn sseorg tp sejauh mn kau sggup mengenali die
dat's all..pucuk pgkl ty hati

Mr. Aduka said...

thanx....puteri, aku ingat ko..
mana leh lupa kat kawan2..
;p hehe
tu lor, dulu aku banyak buat silap...yer lor, asyik dengar cakap org, last2 member aku sendiri couple ngan awek aku, hampes tul...;p hehe
thanx k, sebab bagi aku semangat..
k, rajin2 lor ko comment post aku k..hehe

Kem Kepimpinan Pelajar Tingkatan 6 Seluruh Selangor

Kem Kepimpinan Pelajar Tingkatan 6 Seluruh Selangor
Kenangan yang tidak terhingga dan menjadi memori yang terindah.