Sunday 21 December 2008

Tugas Yang Belum Selesai

Semalam aku baru dapat tugas baru dari "boss" aku. Minta tukar gambar "title blog" parti kami, sebab dia tak puas hati dengan gambar tu. Herm, jadi sekarang aku ngah usahakan lor kehendak dia. Puas aku cari kat dalam ni naik pedih mata aku nak buat ni. Dia lantik aku bahagian IT kira sebagai sekreteriat untuk blog kami. Herm, jadi bertambah lor tanggungjawab aku, memang susah untuk handle benda ni, lagi pun aku mana pandai sangat nak edit2 gambar ni, huhhu

Bila orang dah bagi peluang jadi aku saut lor cabaran tu, bukan apa sebagai latihan untuk aku buat tugasan bila aku pergi ke universiti nanti insyaallah mudah-mudahan. Walaubagaimanapun aku tetap nak habiskan tugasan ni. Aku kena update semua laporan aktiviti ni, sebab aku yang jaga blog tu. Jadi untuk tahun depan aku mungkin tak leh nak terlalu aktif lor, yer lor nak exam kan bulan 11 STPM...jadi aku cuma tolong setakat mana yang mampu lor. Satu lagi, new year ni ada program pastu, aku lor yang kena update blog ni untuk program yang baru, sebagai laporan untuk kebaikan parti dan "kakak" kami gak..

k lah setakat ni untuk ari ni insyaallah kalu aku ada citer lagi aku tulis esok..k..

1 comments:

TKPM Gajah X Mati said...

Berita Metro: Anak Tan Sri Cik Yusuf Abdul Rhaman ....umur 61 tahun. Ahmad Kamil mula mnegambi dadah pada umur 30an selepas kematian ibu dan kakak pada tahun 1982 semua pusaka habis,hilang tempat tinggal- hidup bergeledang. Hidup menjual kotak dan tin terpakai (kira baik juga tidak terlibat dalam jenayah).
Kisah ini moga menjadi iktibar dan tauladan kepada generasi sekarang. Era tujuhpuluhan adalah Era DEB dan pembangunan luar bandar dan pendidekan tetapi segolongan nak orang kaya bumiputra tergelincir dari landasan dan peluang DEB termasuk juga anak Tan Sri P Ramlee seperti Nasir dan Sabaruddin.Siapakah bersalah? Kisah ini macam kisah anak ku Sazali di mana kejayaan bapa tidak dapat meletakan asas untuk kejayaan anak.

Kem Kepimpinan Pelajar Tingkatan 6 Seluruh Selangor

Kem Kepimpinan Pelajar Tingkatan 6 Seluruh Selangor
Kenangan yang tidak terhingga dan menjadi memori yang terindah.