Monday 15 December 2008

Bersatu dan bekerja dalam satu keluarga

Hari ini aku cukup panas dan bengang dengan 2 orang abang aku ni..
Bertelagah untuk menyalahkan diantara satu sama lain, hanya pasal tender baju.
Kalau diikutkan kita jangan berkelahi hanya pasal tender baju yang hanya untuk 30 helai tu.
Kalau mcm ni, perkara ni hanya akan merosakkan keakraban persahabatan dan keluarga kita.

Jangan masukkan isu individu dalam keluarga. "Be Professional", kalau nak jadikan keluarga kita ni kuat di pandang tinggi dan desegani kita perlu bersatu dan menerima teguran dari pihak lain. Mereka ni bukannya orang lain ahli keluarga kita juga. Hentikanlah menyalahkan orang lain dengan mengunding jari kearah ahli keluarga sendiri. Perkara ni hanya akan merosakkan nama keluarga yang kita laung-laungkan dalam perjuangkan hak rakyat di kawasan kita. Bagaimana kita nak menegakkan hak rakyat jika dalam pengurusan keluarga kita gundah gulana. Kalau nak marah dah besar dan dah boleh fikir baik dan buruk, hentikan ideologi pentingkan diri sendiri. Herm, aku tak tau nak cakap apa. Nak menangkan sebelah pihak pun tak boleh, sebab mereka ni ibarat abang2 aku dan keluarga aku. Aku tak nak main tarik tali, biar aku yang jadi pemegang tali di tengah-tengah tidak berpihak kepada sesiapa.

Kita patut membuka fikiran kita dan tanamkan didalam fikiran dengan software berfikiran rasional dan terbuka. Menerima segala puji dan kritikan ahli kuarga kita. Jika ada kekurangan atau kesilapan kita perlu terima untuk memperbaiki dan memantapkan lagi mutu jati diri dan kerja kita, supaya tidak berlaku kesalahan yang sama dikemudian hari. Kita patut bekerja didalam satu organisasi yang kukuh dan saling hormat-menghormati tidak kiralah ahli keluarga baru atau lama. Herm, sikit-sikit nak gaduh (2x) yang jadi mangsanya adalah "kakak" kita, dah lah dier sakit baru lepas "teeth operation" pastu datang 2 orang mangkuk hayun ni asyik minta duit jer. Kecian aku tengok "kakak" kita tu, dah lor baru lepas menderita sakit "teeth" dan baru lepas "teeth operation" datang masalah lain pulak..herm, tak tau lor apa nak jadi ngan ahli keluarga kita ni.

Sebagai pergulungan kata, kita patut hormat "kakak" kita sebagai ketua keluarga kita. Kalau dia salah kita tegur dengan cara yang betul, bukan dengan sergah mcm"harimau mahu menerkam mangsanya" kita bangsa melayu ada adat dan budi bahasa kita, cakap elok-elok "slow talk" baru sesuatu perkara tak jadi "panas" dan semua orang bermasam muka. Semua perkara atau masalah ada jalan penyelesaian dengan cara berbincang bukannya buat pemulauan dan caci-mencaci, kutuk-mengutuk, saling jatuh-menjatuhkan sesama keluarga. Itu bukan cara kita, itu cara "keluarga melayu bersatu", takkan kita nak ikut jejak langkah mereka?? lama-kelamaan keluarga kita runtuh dan kepercayaan orang ramai akan luntur di hati mereka.

Aku harap kita dapat bersatu semula dan saling maaf-memaafkan diantara sesama manusia. Islam mengajar kita supaya hidup bersatu pada dan berkerja didalam satu kelompok keluarga yang mantap dan berkesan demi menegakkan hak masyarakat. Bila kita dah dapat kata sepakat, maka, kita tidak ada masalah dalaman keluarga dan kita dapat bekerja dengan tenang dan hati yang terbuka dan akan meningkatkan lagi semangat kita untuk bekerja.

0 comments:

Kem Kepimpinan Pelajar Tingkatan 6 Seluruh Selangor

Kem Kepimpinan Pelajar Tingkatan 6 Seluruh Selangor
Kenangan yang tidak terhingga dan menjadi memori yang terindah.