Monday 8 December 2008

Penawar Hati Yang Terluka

Salammualaikum....

Herm, sekarang aku dah meluahkan semua apa yang aku rasa selama ini.
Tapi, ada yang mengatakan hidup ini pasti ada perpisahan dan pertemuan,
suka dan duka, pahit dan manis, indah dan penderitaan.

Tapi, itu semua dah berlalu dalam hati aku, nak tahu kenapa?
sebab, ada perempuan yang sanggup menerima aku walaupun aku dah
mendedahkan aib aku pada dia (bukan kemaluan aku) jangan jadi otak kuning.
Tapi, jawapan dia "saya tak kisah asalkan awak dah berubah cukup lar, dan
bertaubat". Tapi bila aku cakap, dulu masa aku ada girlfriend suka pegang2 dan
cium-cium mcm tu. Jawapan dia, "iye ker, tapi itu dulukan sekarang awak dah tak buat lagikan, jangan fikir bukan2 k".

Tapi dia tetap dapat terima aku, aku bingung...dan rasa seperti bermimpi..mcm mana
perempuan yang lembut dan baik leh terima lelaki yang perangai au'zubillah mcm aku ni??
Tapi jawapan dia "tapi bagi saya awak baik" aku tak sangka dia boleh menerima diri aku yang tak perfect ni...selalunya kebanyakan perempuan lari bila aku menceritakan semua
pasal diri aku sebenarnya. Lebih baik berterus terang dahulu dari awek2 ni membuat kesimpulan yang lainkan...

Aku kenal dia di myspace. Mula-mula dia yang add aku, pastu mula-mula kami berborak pasal Kadet Remaja Sekolah. Dia ni orang Kedah, nama dia nanti aku bagi tau. Pastu aku tinggalkan no telefon aku kat msg dia (dalam myspace) herm, tak lama lepas tu dia msg aku, pastu miss call.
Aku memang malas nak layan orang miss call2 ni (sorry leh sapa yang terasa ek)
pastu aku balas msg dia kat fon aku, dia kata nama dila. aku dah blur dia kata tinggal kat sungai petani, kedah, lagi lor aku blur...pastu dia kata aku bagi no fon aku kat dia, nickname dia "@yuzz" baru aku ingat. Dari situ lor kami berkawan.

Pastu, kami msg2 guna fon. Sampai kredit aku habis msg jer memanjang jer kejer (bukan dengan seorang jer lor) hehehe..kantoi lor lak...masa tu belum couple lagi...tak per..
dia tetap msg aku, entah kenapa masa tu dia tetap nak msg ngan aku. Walaupun dia dah ada boyfriend so, aku malas nak kacau...milik orang (tapi ada gak aku kacau hehe..)
Masa tu aku nak gi kursus kat biro tatanegara, Kedah. Dia ambil berat pasal aku, dia tanyer aku dah makan ker belum, sihat ker tak??, berapa lama kem...mcm2 lor dia tanyer..
Masa tu aku ngah lepak2 jer lor ngan member2 baru akukan...sambil tu balas lor msg dia.

Bila aku habis jer kursus aku buka fon (fon kena rampas) banyak giler msg ngan miss call, ada dari mama aku, ada dari kakak aku, yang paling banyak Dila lor 3 kali miss call. Aku dah pelik kan dia dah ada pakwe tapi naper dia miss call aku sampai 3 kali??? pelik2..
Erm, detik cinta bermula bila aku keluar ngan abang angkat aku nak gi makan tengah malam kat Uptown Kota Damansara Seksyen 3. Agak lama lor aku berkawan ngan dia dari sebelum puasa.
Tapi, kebanyakan dia yang call lor...heheh, aku yang suruh dia call...(jahat giler aku)...tapi dia call gak, tak bangkang pun..kalau alasan pun "saya malu, segan" dan kawapan paling famous "tak cukup kredit" hehe...tapi dia tetap call...

Masa on the way ke uptown tu, aku tanyer boyfriend tak marah ker asyik msg ngan call saya ni. Dia kata dah putus, aku pun apa lagi sajer try lor...pastu dia kata "nak fikir dulu, dan akan buat keputusan yang terbaik untuk kita" aku pun tunggu lor...selang beberapa hari aku try panggil dia sayang , dia sikit pun tak marah jadi aku teruskan jer lor...hehe, pastu dia kata takut nak bercinta sebab dalam percintaan banyak duka dan penderitaan. Jadi aku pun mengeluarkan ayat-ayat cinta aku, "ayang akan menjadi bf yang terbaik untuk sayang" dia balas "insyaallah saya pun harap hubungan kit ni akan berkekalan" dia sanggup menerima aku seadanya dan aku sentiasa berdoa pada Allah s.w.t supaya menemukan aku dengan seorang perempuan yang boleh menerima diri aku yang serba kekurangan ni...

Tapi, malangnya aku di Kuala Lumpur dan dia berada di Kedah, huhuhu....hanya boleh menangung rindu sahaja lor...Tapi tak apa, aku dah janji dengan dia yang aku akan pergi ke kedah untuk berjumper dengan dia lepas habis STPM nanti...Kalau dia datang KL dia pun nak jumper aku, nak melepaskan rindu di hati...maklum lor orang yang sedang bercinta mesti nak bermanje-manje, bergurau-senda dan sebagainya (jangan fikir bukan-bukan k).

Nama dia Nur Fadhilah Binti Hazmi (Penawar luka di hati ku yang sudah sekian lama)

Alhamdulillah akhirnya aku berjumpa dengan seseorang yang sanggup menerima aku dan membalas cinta aku..syukur Amin..terima kasih ya ALLAH...

Itu lor kisah pengenalan aku dan dia, hehe....

Aku nak ucapkan terima kasih pada Nadia, Fatin, Fikri, Ika, Zira, Nc dan kawan-kawan semua yang memberi kata semangat dan sudi berkawan ngan aku walaupun menolak cinta aku nadia dan fatin(sebab mereka dah ada) mereka tetap sudi nak berkawan dengan aku dengan hati yang terbuka..terima kasih semua..memberi nasihat yang berguna pada aku...

Korang pun doakan aku dan dia sentiasa bahagia dan kekal sampai bila2 k....kecuali parents dia menghalang hubungan kami lor....Parents aku open minded..hehhe, parents aku tak kisah....heheh...

1 comments:

nc said...

wehh!! aku nampak nama aku! NC.
huhu. aku ada bagi nasihat kat ko eyh? tak sedar la pula. hehehe.
goodluck ye korang! hehe
:)

Kem Kepimpinan Pelajar Tingkatan 6 Seluruh Selangor

Kem Kepimpinan Pelajar Tingkatan 6 Seluruh Selangor
Kenangan yang tidak terhingga dan menjadi memori yang terindah.