Thursday 18 December 2008

Meluahkan Apa Yang Terpendam!!!

Salamualaikum,

Aku nak tujukan kepada sesiapa yang telah beberapa kali putus cinta. Hidup ini adalah singkat dan kita perlu menghargai cinta yang kita bina, dan itu dikatakan takdir cinta. Setiap manusia mesti ada melakukan kesilapan dan kia bukan nabi, seorang manusia yang dikecualikan daripada dosa.
Dosa kita dengan tuhan akan diampunkan oleh-NYA dengan doa dan keinsafan dan keikhlasan. Allah menjadikan setiap manusia berpasangan seperti ADAM A.S dan HAWA.

Apabila kita gagal dalam percintaan tidak semestinya kita gagal buat selama-lamanya. Setiap percintaan yang putus mesti ada penyambungnya ibarat bunga "bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor". Kita akan menemui cinta kita apabila dengan berkat doa kita , keikhlasan , dan kesucian cinta kita kepada allah. Jika kita mendoakan supaya kita ditemukan kepada seorang perempuan/lelaki yang ikhlas dan sudi menerima kita seadanya dengan izin-Nya, kita akan menemuinya walaupun tidak pernah bersua. Apabila sudah menemuinya maka, hargailah cintanya, keikhlasan, kesabaran, kepercayaan, keyakinan, kejujuran dan amanah merupakan kunci kesetiaan.

Kita jangan buruk sangka dan memikirkan perkara yang buruk kepada pasangan kita, walaupun dia berbohong tetapi adakalanya dia tidak berniat untuk membohongi kita dan kita mengiakan saja. Bertolak ansur merupakan elemen penting dalam percintaan, kerana cinta itu buta dan cinta itu suci, walaupun ada perpisahan, penderitaan dan menitiskan air mata kesedihan itu merupakan keilkhlasan dan kesucian cinta yang dibina oleh kita. Jangan berdendam kerana dendam yang dipendam itu yang akan memakan diri, kesucian cinta dan keikhlasan diri kita. Jangan jadikan perempuan / lelaki yang sudi memberi cinta mereka kepada kita sebagai mangsa untuk membalas dendam. Hargailah setiap cinta yang kita dapat dan kita bina hidup baru dengan dia kerana ada hikmah disebalik kesemua kesedihan kita.

"Buang yang keruh dan ambil yang jernih" peristiwa pahit dan duka yang lepas harus dihilangkan dari ingatan dan ambillah ia sebagai pengajaran didalam percintaan. Terima sahajalah cinta yang diberi oleh dia dan jangan menolak. Keikhlasan dia akan terbukti apabila dia sanggup menjaga kita dan mengambil berat pasal kita. Setiap individu mempunyai karakter yang berlainan kerana individu yang pendiam dan pemalu tidak semestinya memboringkan, individu yang kaya-raya tidak semestinya akan bahagia dengan hartanya jika keikhlasan dan ketenangan hidup tidak hadir dalam kesucian cintanya dan hatinya.

Kesetiaan akan menguji segala-galanya.

Jadi ingatlah kesucian cinta agung adalah dari keikhlasan, kepercayaan, kesabaran, bertolak-ansur, kelembutan suara percakapan dan pengorbanan demi kesucian cinta dan percintaan setiap pasangan akan terbukti cinta agung yang sebenar.

Maka dengan itu terbuktilah @y@t-@y@t C!nt@

0 comments:

Kem Kepimpinan Pelajar Tingkatan 6 Seluruh Selangor

Kem Kepimpinan Pelajar Tingkatan 6 Seluruh Selangor
Kenangan yang tidak terhingga dan menjadi memori yang terindah.