Sunday 30 November 2008

Al-Fatihah kepada Allahyarham Dato' Razali Ismail


Kami pelajar-pelajar Tingkatan 6 Bawah Seluruh Selangor mengucapkan takziah kepada keluarga beliau, atas pemergiannya pada 28 November 2008. Kami amat sedih dengan berita tersebut, kerana banyak beliau mengajar kami, memberi kami semangat untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang.

Dengan itu kami sebagai bekas peserta-peserta Kursus Kepimpinan Pelajar Tingkatan 6 Bawah Bina Negara Asas, Kulim Kedah Pada 19 hingga 23 November 2008 akan mendoakan supaya rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang-orang beriman.

Jawatan beliau didalam kerajaan.

1) Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia

2) Wakil Rakyat (MP) Parlimen Kuala Terengganu.



Al-Fatihah

Saturday 29 November 2008

Kami Menolak Dasar Pentadbiran Negara yang Korap

Kami sebagai anak Malaysia, tidak menyukai dan menolak sama sekali dasar pentadbiran negara yang diselubungi dengan politik wang dan rasuah.

Kami bukan anak malaysia yang dibesarkan di dalam negara yang di ketuai dengan rasuah, kekejaman, dan penindasan dikalangan pemimpin kepada rakyat.

Didalam Pilihanraya Umum 12 (PRU-12) anak-anak Malaysia telah menyuarakan hak-hak mereka di kertas undi sebagai menegakkan keadilan dikalangan mereka.

Negeri-negeri dibawah takluk pembangkang :

1) Selangor (Parti KeADILan Rakyat-PKR)
2) Kedah (Parti Islam Semenanjung- PAS)
3) Perak (Parti Islam Semenanung- PAS)
4) Pulau Pinang (DAP)
5) Kelantan (Parti Islam Semenanjung -PAS)

Di negeri-negeri ini adalah sebagai permulaan bagi pembangkang bertapak di bumi Malaysia ini.

Selagi UMNO tidak berjuang pada dasar perjuangan asal penubuhan UMNO, selagi itu UMNO tidak akan bernafas lega dan hanya tunggu untuk dijatuhkan oleh anak bangsa mereka sendiri.

Jika bukan sekarang Pakatan Rakyat menubuh kerajaan, kita hanya tunggu Pilihanraya Umum 13 (PRU-13) kerana pada masa itu ramai anak-anak muda boleh mengundi. Jadi jika UMNO masih di dasar perjuangan yang tidak jelas di mata bangsa sendiri. Maka Barisan Alternatif akan diambil sebagai dasar memperjuangkan menegakkan hak-hak bangsa dan rakyat Malaysia tidak kira sama ada mereka ini melayu, cina, india, iban, kadazan dan bumiputera yang lain.

Wednesday 26 November 2008

Sejarah Sistem Pentadbiran Negara Malaysia (secara rigkas)


Negara Malaysia pada asalnya bernama Tanah Melayu. Sebelum kedatangan Parameswara dari Palembang Sumatera, Indonesia (yang dibawah pengaruh Hindu-Buddha).

Sejarah ini mula terbentuk apabila Parameswara terpegun melihat anjing buruannya ditendang oleh seekor kijang. Maka Parameswara menamakan negeri tersebut sempena pokok yang baginda berteduh iaitu Melaka. Negeri Melaka mul bertapak di tanah melayu dan rakyatnya terdiri daripada orang laut (nelayan) dan mempunyai kepakaran membuat kapal dan sampan termasuk pertukangan dan pengukiran.

Hukum kanun Melaka diwujudkan oleh Baginda sebagai lambang kebesaran Melayu Melaka dan pertubuhan negeri Melayu pertama.

Apabila kedatangan Potrugis (Portugal) Melaka telah dijajah dan sistem pemerintahan telah berubah dari Hukum Kanun Melaka kepada sistem perundangan Portugis. Kemudian Francais Light telah bertapak di Pulau Pinang, pada masa yang sama mereka ingin meluaskan tanah jajahan mereka dan memonopolikan hasil-hasil bahan mentah di Tanah Asia Tenggara. Bendera Union Jack yang pertama telah dinaikkan oleh Francis Light.

Selama Tanah Melayu telah dijajah oleh British pelbagai sistem telah diwujudkan oleh pihak British seperti menyatukan negeri-negeri melayu di tanah melayu, seperti negeri-negeri melayu bersekutu, negeri-negeri selat dan negeri-negeri melayu tidak bersekutu.

Sistem Residen dan Gabenor telah diperkenalkan oleh British bagi melancarkan pengaruh dan melicinkan pentadbirannya di Tanah Melayu. Sepanjang pentadbiran British di Tanah Melayu sistem perundangan British diperkenalkan oleh British di Pulau Pinang di kenali sebagai

* Piagam keadilan 1807

Kemudian, Tanah Melayu di jajah oleh Jepun, dengan membawa semangat Kamikaze (Berani Mati demi raja), sewaktu pemerintahan Jepun selama 5 tahun pelbagai masalah telah timbul seperti penindasan orang melayu, cina dan india, pencabulan perempuan melayu dijadikan pemuas nafsu jepun dan sebagainya.

Apabila Jepun menyerah kalah atas kehilangan ibu kota besar jepun iaitu Hiroshima dan Nagasaki yang di musnahkan oleh pihak Amerika Syarikat dengan menggunkan Bom Atom (buatan Jerman Nazi). British telah mengambil alih semula tonggak pemerintahan Tanah Melayu.

Selepas itu, pengaruh komunis dikalangan orang cina bermula berpaut di hati mereka. Jesteru, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Presiden UMNO-2) telah berusaha bagi mengamankan negara pada waktu itu. Selama 14 hari Komunis (PKM-Parti Komunis Malaya) telah memerintah pelbagai tragedi telah timbul seperti pembunuhan beramai-ramai, merampas makanan dan pakaian dan sebagainya. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menolak permintaan Chin Peng (Setiausaha Agung PKM) bagi menerima parti itu didalam gagasan pembentukan negara.

Ideologi Parti Komunis Malaya (PKM) - Bintang 3
- Tidak percaya kewujudan tuhan.
- Tidak berpegang pada mana-mana agama.
- Menghalalkan pembunuhan secara terbuka.
- Semua harta, hak milik rakyat dan harta negara merupakan milik parti.
- Menghapuskan sistem raja-raja dan digantikan dengan Presiden.

Dengan penolakan ini Tanah Melayu selamat dari ancaman komunis. Bagi mengawal pengaruh komunis di Tanah Melayu, Kerajaan British telah memperkenalkan sistem Kewarganegaraan atau sistem kad pengenalan. Cara ini diwujudkan oleh British bagi mengenal pasti ahli komunis atau bukan. Pihak komunis selalunya hanya tinggal didalam hutan sahaja.

Apabila PKM dibubarkan, agenda untuk menuntut kemerdekaan diteruskan. Sewaktu itu bangsa melayu tidak bersatu kerana oleh faktor pengaruh dari penjajah amat tebal didalam jiwa mereka. Apabila British mengistiharkan Gagasan Malayan Union orang melayu bangkit dan menentang penubuhan Malayan Union.

Gagasan Malayan Union.

- Sistem Kerakyatannya yang longgar. Semua rakyat dari jajahan British boleh menjadi rakyat tanah melayu.

- Raja- raja melayu kehilangan kuasa memerintah negeri masing-masing dan diambil alih oleh residen.

- Tandatangan sokongan raja-raja melayu diambil secara tipu helah dan paksaan.

Kerana perkara ini jalankan oleh British untuk memecah belahkan orang melayu dan mempertikaikan hak-hak orang melayu di tanah air sendiri. Maka, orang melayu bangkit membantah penubuhan Malayan Union.

Apabila pembubaran Malayan Union telah dijalankan dengan rasminya. Agenda menuntut kemerdekaan dijalankan. Dengan kegigihan orang melayu dan pemimpin-pemimpin melayu sanggup bermandi peluh untuk mengusahakan demi membebaskan negara dari tangan penjajah.

Apabila kemasukan Jepun, berjanji akan memerdekakan tanah melayu ini dari jajahan British. Malahal, anak-anak dara melayu ditangkap dan dijadikan habuan pemuas nafsu mereka, ketua-ketua kampung, pemuda-pemuda dan rakyat jelata terutamanya orang melayu diseksa dengan kejam. Begitu juga selama 14 hari penjajahan PKM (Komunis Bintang 3) membakar rumah-rumah dan membunuh sesuka hati dikhalayak ramai.


Bangkitlah wahai bangsa melayu, suarakan hak-hak kamu untuk menjaga maruah, kedaulatan dan kesucian ketuanan melayu dan kuasa raja-raja melayu. Cukuplah tanah air kita dijajah oleh kuasa asing selama 400 tahun lamanya. Bermula dari zaman kesultanan melayu melaka berterusan ke zaman Mat Kilau, Tok Janggut, Dato Maharajalela, Hang Tuah dan 4 beradiknya, Dato Bahaman dan semua pahlawan-pahlawan melayu terdahulu, menentang Inggeris mencampuri hak-hak istimewa orang melayu termasuk adat resam dan hal ehwal agama Islam.

Tanah air ini merupakan warisan nenek moyang kita terdahulu yang sanggup bermandi darah, tanpa kenal erti penat dan setiap titisan peluh dan darah mereka amat bermakna di tanah yang kita sedang nikmati ini. Sedarlah wahai bangsa melayu, janganlah kita mengagung-agungkan budaya barat ini. Kebanyakan orang melayu mudah terpengaruh dengan ajakan paradikma dari barat yang majoritinya beragama yang berbeza dengan Islam. Adakah hina adat resam bangsa melayu ini sehingga sanggup meninggalkan adat resam bangsa kita dan budaya kita ini.

Malaysia merupakan negara berdaulat yang ketuanya merupakan orang melayu, rajanya pula orang melayu dan majoriti rakyatnya orang melayu dan penduduk asalnya juga orang melayu sebelum British membawa masuk imegren dari negara China dan India supaya bekerja di estate-estate dan lombong-lombong bagi menyedut hasil bahan mentah dari bumi melayu ini.

Sudah 51 tahun kita merdeka, hanya melaungkan "MERDEKA" "MERDEKA""MERDEKA" tetapi kita tidak pernah menghayati slogan ini. Anak melayu sendiri benci sejarah, bagi mereka sejarah tidak penting bagi mereka, bagi saya bangsa melayu seperti ini yang akan menjual negara ini ketangan bangsa lain, kerana bangsa melayu yang korupsi ini tidak pernah kenal apa itu perjuangan dan apa itu pengorbanan.

Bersatulah wahai bangsa melayu, ketepikan ideologi kepartian tidak kiralah sama ada kita berasal dari parti mana (UMNO, PKR atau PAS) yang pentingnya bangsa kita, agama kita perlu di jaga dari dimanipulasikan oleh bangsa lain termasuk kuasa ketuanan melayu kita ini. Adakah kita mahu gagasan seperti Malayan Union dibentangkan di Parlimen nanti? Jawapannya "aku tidak mahu"

Negara Malaysia mempunyai 222 buah kerusi kawasan dan 2 pihak yang mentadbir dan menggubal nundang-undang negara iaitu pihak kerajaan dan pembangkang. Tidak kiralah bangsa malayu dari pihak mana bersatu mempertahankan maruah ketuanan melayu kita, hak kita dan kesucian agama Islam.

Slogan bekas perdana menteri Malaysia yang ke-4 :-

Tun Dr. Mahathir Muhamad

"Melayu Mudah Lupa"

Jika melayu bersatu dan berjuang menegakkan hak bangsanya. Slogan tersebut akan bertukar kepada.

"Melayu Tidak Mudah Lupa"

"HIDUP MELAYU" "HIDUP MELAYU" "HIDUP MELAYU"

"FISABILILLAH"

"ALLAHHUAKBAR" "ALLAHHUAKBAR" "ALLAHHUAKBAR"

TERIMA KASIH PEMIMPIN TANAH AIR KU KERANA MENGEKALKAN TANAH AIR INI DAN MEWARISKAN TANAH AIR INI KEPADA BANGSA ASALNYA DAN TERIMA KASIH KEPADA BANGSA KU KERANA MENYEDARKAN KU MENGENAI PERJUANGAN SEBENAR BANGSA KU, KETUANAN BANGSA KU, DAN HAK-HAK BANGSA MELAYU INI.

Tuesday 25 November 2008

Hidup Pelajar Tingkatan 6 (STPM)

Saya ingin mengatakan kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 yang tidak dapat memasuki IPTA.

hidup sebagai pelajar tingkatan 6 adalah sesuatu yang mencabar kehidupan anda....keseronokan di tingkatan 6 adalah memang rasa mcm nak mati jer....

kalau dapat kawan-kawan yang satu kepala. Pada mulanya saya juga ingin berhenti dari tingkatan 6, sebaliknya apabila saya sudah bertemu dengan kawan-kawan saya dari seluruh selangor baru lah semangat saya bangun dan bersungguh-sungguh untuk belajar di tingkatan 6...

Support dari kawan-kawan adalah penting. walaupun kadang-kadang rakan sekelas menyisihkan kita.

Tapi dengan keinginan, tali persahabatan dan cinta yang kita bina akan membantu kita berjaya dalam pelajaran ini...dan kehidupan ini...

Terima Kasih kawan-kawan ku dari seluruh selangor dan fasilitator biro tatanegara.

Aduka dan Kesuma

Aduka dan Kesuma merupakan satu pasangan kekasih sejoli. Mereka bercinta sejak kecil lagi. Tetapi apabila masuk ke Universiti. Satu angin peralihan telah berlaku. Komeng merupakan pelajar yang hensome dan kaya raya. Komeng adalah anak kepada YB Masalah(3x). Sewaktu Kesuma tengah menunggu bas di depan kampus, Komeng lalu didepan Kesuma dan memikat hatinya. Kesuma menaiki kereta Ferarri yang dipandu oleh Komeng. Pada suatu hari Aduka telah memasuki pertandingan menyanyi lagu patriotik dan membawa lagu "Menara Bangsa" selepas itu Aduka memenangi pertandingan tersebut. Dengan keubikan suara Aduka, Chempaka merupakan pelajar perempuan yang tercantik di kampus telah jatuh hati dengan Aduka. Aduka telah menolak cinta Chempaka kerana Chempaka gagal menyanyikan lagu "Warisan". Selepas itu, rakan baik Chempaka, Zirahf (a.k.a Zirafah) telah membawa Chempaka bertemu dengan guru Vokal iaitu Cikgu One-Wan-1, dan cikgu Adlee/ Adly.

Selama seminggu Chempaka berkerja keras menyanyikan lagu itu. Selepas seminggu Chempaka bertemu dengan guru-guru vokal tersebut. Chempaka telah berjaya menyanyikan lagu "Warisan" dengan sempurna dan merdu. Pada masa yang sama, Komeng telah mendengar suara nyanyian Chempaka dan jatuh hati pada nya. Selepas itu, Komeng meminta untuk menjadi pasangan kekasihnya. Chempaka 50-50 setuju dan hatinya masih ada pada Aduka. Akhirnya Aduka dan Kesuma telah bersatu semula dan bahagia. Dengan rasa marah dan dendam, sewaktu Aduka baru balik dari tengok wayang dengan Kesuma tiba-tiba datang sebuah kereta Ferarri yang dipandu oleh Komeng telah melanggar Aduka.

Aduka telah mati dihadapan Kesuma. Ini merupkan Cinta 3 Segi.

p/s : Hanya orang yang faham jer yang tau maksud cerita ini..

Monday 24 November 2008

Kem Kepimpinan Pelajar Tingkatan 6 Seluruh Selangor

Kepada semua kawan2 dari selangor, aku merasakan ini adalah semangat persahabatan yang sebenar,

You all is the greatest friends ever, a long time i try to find the truth friend alhamdulillah, i already find it.

Dengan riben kuning yang kita pegang beramai2 ari tu akan melambangkan tali persahabatan kita dan ketuanan melayu, kalau boleh bawa lor ia bersama2 supaya jika terserempak kita akan ingat bahawa kawan2 kita semasa kem ari tu...

Kalau boleh kita akan buat reunion kembali untuk mengubati kerinduan yang kita tanggung ini, dan membuat kumpulan belajar yang besar...

Insyaallah kita akan cemerlang didalam STPM tahun depan...

Tapi memang tak dapat lupakan Fasi-fasi kita, jurulatih kita, ayah kita (ayah wan) hhuhuh...
rindu mereka semua.

Kem ini memberi manfaat kepada kita yang membuka minda kita mengenai isu-isu politik, pelajaran dan ekonomi negara.

Jangan biarkan agama kita di jajah, di caci, dan di ketawakan oleh dunia dan bangsa lain.

Orang Melayu perlu bersatu demi menjaga negara ini.

Tidak kira sama ada UMNO, PKR atau PAS perlu bersatu untuk mengkaji semula dasar pentadbiran islam negara ini. supaya hak orang islam, dan ketuanan melayu tidak di cabuli oleh bangsa lain dan agama lain, termasuk Yahudi.

Kem Kepimpinan Pelajar Tingkatan 6 Seluruh Selangor

Kem Kepimpinan Pelajar Tingkatan 6 Seluruh Selangor
Kenangan yang tidak terhingga dan menjadi memori yang terindah.