Saturday 29 November 2008

Kami Menolak Dasar Pentadbiran Negara yang Korap

Kami sebagai anak Malaysia, tidak menyukai dan menolak sama sekali dasar pentadbiran negara yang diselubungi dengan politik wang dan rasuah.

Kami bukan anak malaysia yang dibesarkan di dalam negara yang di ketuai dengan rasuah, kekejaman, dan penindasan dikalangan pemimpin kepada rakyat.

Didalam Pilihanraya Umum 12 (PRU-12) anak-anak Malaysia telah menyuarakan hak-hak mereka di kertas undi sebagai menegakkan keadilan dikalangan mereka.

Negeri-negeri dibawah takluk pembangkang :

1) Selangor (Parti KeADILan Rakyat-PKR)
2) Kedah (Parti Islam Semenanjung- PAS)
3) Perak (Parti Islam Semenanung- PAS)
4) Pulau Pinang (DAP)
5) Kelantan (Parti Islam Semenanjung -PAS)

Di negeri-negeri ini adalah sebagai permulaan bagi pembangkang bertapak di bumi Malaysia ini.

Selagi UMNO tidak berjuang pada dasar perjuangan asal penubuhan UMNO, selagi itu UMNO tidak akan bernafas lega dan hanya tunggu untuk dijatuhkan oleh anak bangsa mereka sendiri.

Jika bukan sekarang Pakatan Rakyat menubuh kerajaan, kita hanya tunggu Pilihanraya Umum 13 (PRU-13) kerana pada masa itu ramai anak-anak muda boleh mengundi. Jadi jika UMNO masih di dasar perjuangan yang tidak jelas di mata bangsa sendiri. Maka Barisan Alternatif akan diambil sebagai dasar memperjuangkan menegakkan hak-hak bangsa dan rakyat Malaysia tidak kira sama ada mereka ini melayu, cina, india, iban, kadazan dan bumiputera yang lain.

0 comments:

Kem Kepimpinan Pelajar Tingkatan 6 Seluruh Selangor

Kem Kepimpinan Pelajar Tingkatan 6 Seluruh Selangor
Kenangan yang tidak terhingga dan menjadi memori yang terindah.