Friday 26 December 2008

25 Disember

Hari ni aku baru jer abis meeting ngan keluarga aku. Cuma nak bincang pasal aktiviti untuk akhir tahun ni ngan tahun depan. Ada gak yang membangkang tapi tak beri cadangan, panas gak masa meeting tadi, aku malas nak campur lantak diaorang lar nak bertekak ker apa...aku cool jer, tugas aku cuma update blog, pasal aktiviti diaorang yang settlekan..heheh

Buat apa nak pening2 kepala, kita kerja cuma sukarela jer, bukan dapat gaji pun kan....agak2 nak tolong2 beri sumbangan datang, agak2 malas tak nak tolong buat tak tau jer...herm, kadang2 ada gak aku setuju ngan tak setuju ngan kelakuan diaorang ni...asalkan diaorang tak kacau hidup aku sudah..heheh

Tadi aku call sayang aku guna public fon, yer lor rindu ma....tapi kejap jer....fon nak msg tak da kredit, nak buat mcm mana duit tak da...kalau nak top up pun kena tunggu buka sekolah yer lor, ada lor duit sikit untuk top up fon ngan duit minyak motor aku kan...start tahun depan dah tuisyen so, kena fokus lebih kat pelajaran lor, pasal tugas keluarga ni just ambil tahu sikit-sikit lor...tak leh nak fokus gilerkan, yer lor nanti belajar kemana, kerja kemana....dah lor aku fail 2 subjek...hhuhu...sedih aku...nak kena banyak memahami isi-isi penting dalam subjek yang aku ambil ni..nak cakap mcm mana selagi ada semangat nak study aku study..pedulikan apa orang kata...aku tak kisah...asalkan cita-cita aku tercapai untuk menjadi seorang guru sudah...ngan memegang segulung ijazah...o.k lor kan...

Aku rindu gak kat dier, yer lor...bukan selalu sangat aku cakap ngan dier...girlfriend ma...kena lor saling sayang menyayangikan....kalau couple tak rindu tak sayang lagi baik tak payah bercintakan...heheh, herm...aku bahagia sangat ngan dia...sebab dia tak kisah aku call dier ker tak...sebab dia faham aku ni jenis yang sibuk sikit, tapi kalau ada kredit kena msg gak lor....sebagai pengubat rindu...hahaha

Aku sentiasa berdoa pada Allah semoga hubungan aku ngan dia berkekalan, dan aku berdoa akan ketemu ngan dia...

;p hehehe...

k...that's all for today, tomorrow i will write another story k...

Thursday 25 December 2008

Hari Yang Malang Aku

Hari ni merupakan hari yang malang bagi aku, sepatutnya aku kena buat report untuk aktiviti pasal semalam, tapi gambar tu dah kena delete lak dalam laptop aku...
:( huhuhh...nak buat mcm mana benda dah jadi...

Baik punya aku kena perli ngan kena "sekolah" ngan abg2 aku...hhuhuhu, pastu aku kena turun lak kat gelanggang futsal kat area rumah aku, yer lor kena ambik gambar balik...kan dah kena buat kerja 2 kali tu...huhuhu...

Herm, nasib2....pastu aku kena banyak buat research dan cari bahan pasal isu-isu yang boleh dijadikan berita untuk dibuat laporan kat sekitar tempat tinggal aku, banyak kerja2 aku ni...huuh
dengan belajar lagi, ngan update laporan lagi...peh, tak larat aku...yer lor, sebagai latihan untuk buat laporan, bukan senang jadi sekreteriat ni.....huhuhuh...tapi ntak per itu sebagai pengajaran bagi aku untuk terus maju didalam kehidupan ni....benda baru bagi akukan...

k..lah...itu sahaja untuk hari ni, esok aku cerita lak pasal esok k.....

Tuesday 23 December 2008

Tugas yang sudah selesai

Herm, semalam aku dah buat banner baru, dan hari ni aku buat banner untuk hari natal...cantik giler..semalam ilham aku ngan boss aku, dan hari ni ilham aku sorang jer...heheh
Habis kerja kau untuk hari ni, tapi nanti ada gak kerja untuk aku yang lain, maklum lor org dah ada tugas nak wat mcm mana, tapi belajar kena fokus gak....

Herm, nak kuar lepak duit tak da, tapi kalau kuar just for walking it's o.k i guest....Aku dah banyak kali aku tengok laman butik jubah2 ni, harga dia berpatutan gak walaupun seratus keatas untuk jubah jer lor. Yer lor, shopping kat internet memang lor, kadang2 aku tengok gak kat masjid india ada gak org jual jubah tapi ada yang menarik dan tak menarik, aku nak bagi girlfriend aku pakai jubah yang cantik2...kalau aku dah lepas dah, sebab aku dah banyak jubah.

aku dah lama mencari perempuan pakai jubah dan cantik mata memandang, tapi kebanyakan aku tengok perempuan pakai jubah jer, tapi tak lawa langsung. Aku tak dapat bayangkan jika girlfriend aku pakai jubah ngan hijab mcm ayat2 cinta tu, herm...mesti nampak lainkan...


;p heheheh....alhamdulillah kalau nak belikan pun kena tunggu aku kerja balik lor...sebab kerja kat gym true fitness tu sebulan RM1500 basic jer, kalau aku rajin dapatkan client MVP jer kalau dapat 30 org ngan buat POS lagi best....satu kepala RM 10 kalau satu POS dapat RM10 kalau satu client tu ada 12 POS dapat RM120 dalam tangan herm....itu lor cara aku dulu cari duit masuk kul 2.30 petang balik 10.30 malam...heheh, enjoy pon enjoy..best pun best...heheh

Tapi, kena banyak membaca lor pasal senaman ngan permakanan yer lor, sebab org datang gym nak kurus, cantik, berotot-otot ngan sihat, kalau senam jer tapi pengambilan makanan tak sihat tak guna gak.. betul tak.
;p hehe


Susah nak cari duit ni, kalau cakap jer memang senang...heheh

k....itu sahaja untuk hari ni, ciow...

Monday 22 December 2008

Tugasan

Semalam aku gi umah boss aku nak siapkan blog. Pastu siap lor, naik berpeluh aku dibuatnya, yer lor nak edit gambarkan, mana aku reti sangat benda alah ni. Herm, tapi kerja tu abis gak....aku balik umah kul 1.10 pagi, yer lor dia nak kerjakan pagi ni, herm...aku puas bila tengok boss aku suka ngan idea dia, sebab blog tu dia punya tapi aku yang manage, nak buat mcm mana dah tugas aku mcm ni.

Jadi, sekarang aku dah relax sikit, sebab benda yang patut aku buat dah habis, cuma tunggu aktiviti yang lain lak untuk aku update program masuk blog sebagai laporan bagi pembaca2 blog, jadi aku cuma berharap keluarga kami tiada masalah lor. Untuk cerita semalam aku rasa o.k jer tak da benda nak cakap, so, sampai sini jer ceritanya nanti aku bagi tau lagi k cerita untuk hari ni lak...
k...bye..

Sunday 21 December 2008

Tugas Yang Belum Selesai

Semalam aku baru dapat tugas baru dari "boss" aku. Minta tukar gambar "title blog" parti kami, sebab dia tak puas hati dengan gambar tu. Herm, jadi sekarang aku ngah usahakan lor kehendak dia. Puas aku cari kat dalam ni naik pedih mata aku nak buat ni. Dia lantik aku bahagian IT kira sebagai sekreteriat untuk blog kami. Herm, jadi bertambah lor tanggungjawab aku, memang susah untuk handle benda ni, lagi pun aku mana pandai sangat nak edit2 gambar ni, huhhu

Bila orang dah bagi peluang jadi aku saut lor cabaran tu, bukan apa sebagai latihan untuk aku buat tugasan bila aku pergi ke universiti nanti insyaallah mudah-mudahan. Walaubagaimanapun aku tetap nak habiskan tugasan ni. Aku kena update semua laporan aktiviti ni, sebab aku yang jaga blog tu. Jadi untuk tahun depan aku mungkin tak leh nak terlalu aktif lor, yer lor nak exam kan bulan 11 STPM...jadi aku cuma tolong setakat mana yang mampu lor. Satu lagi, new year ni ada program pastu, aku lor yang kena update blog ni untuk program yang baru, sebagai laporan untuk kebaikan parti dan "kakak" kami gak..

k lah setakat ni untuk ari ni insyaallah kalu aku ada citer lagi aku tulis esok..k..

Saturday 20 December 2008

Tuhan Yang Menentukan

Aku hanya mencari dan tuhan yang menentukan.

Kadang-kadang aku bingung kenapa perempuan yang aku jumpa selama ni asyik melukakan hati ku. Banyak kali gak aku couple tapi mesti tak kekal, adakah ini salah aku atau aku sahaja yang mengikut perasaan. Tapi pak cik aku kata, selalunya perempuan yang kita kenal dalam chatting ni ada yang "bohsia" puas aku bertekak ngan dia pasal benda ni.

Tapi aku jenis yang tetap pendirian, selagi aku tak nampak didepan mata aku selagi tu aku tak percaya. Kerana kalau asyik dengar cakap orang bukan dia yang tolong selesaikan masalah yang aku hadapi. Walaupun aku tak pernah bersua ngan dia, tapi suatu hari nanti aku kan bersua gak ngan dia, hanya tuhan yang menentukan masanya. Aku hanya berserah dan berdoa kepada tuhan supaya adakah dia merupakan perempuan yang aku cari selama ini.

Banyak aku dengar selalunya perempuan yang tinggal di Kedah ada diantaranya "bohsia". Pakai tudung tapi sebaliknya herm....Bagi aku, memang ada gak yang macam tu, tapi takkan semua perempuan yang kita "blind date" mcm tu kan ibarat pepatah mengatakan "Dalam Setandan Pisang Takkan Semuanya Busuk". Aku berkawan ngan semua orang sebab banyak benda yang kita tahu, mcm pelacur sebenarnya dia pun tak nak jadi tapi sebab ada diantaranya jadi pelacur sebab dianaya, ditipu, dipaksa, dan ada juga rela sebab senang dapat duit banyak (untuk menyara keluarga yang susah). Aku hanya berpegang pada satu perkara setiap manusia akan membuat kesalahan, walaupun kesalahannya menyebabkan perempuan itu kehilangan kesucian dirinya . Jika difikirkan kembali, adakah manusia dijadikan dimuka bumi ini untuk menjadi "bohsia" ??? Allah pernah berfirman "Akan aku tidak mengubah nasib seseorang itu jika seseorang itu tidak mengubah dirinya sendiri" jadi apa yang aku alami sekarang ini dianggap sebagai ujian daripada tuhan, semasa aku takda girlfriend semua perempuan menolak cinta aku, tak da sorang pun tanya "kenapa kau tak da girlfriend???" bila aku dah ada girlfriend ada jer orang yang nak bangkang, aku rasa ini memang tak adil. Aku rasa jika aku mati baru semua orang puas kot.

Jika betul dia tu bohsia dia akan berterus terang pada aku, dan aku jenis orang yang tak suka di tipu dan dipermainkan. Kakak aku tak cakap apa pun, parents aku pun tak bangkang, tapi kenapa pakcik aku yang aku sayang memberi nasihat kepada aku selama ini memberikan nasihat yang paing aku benci. Dia kata kenal perempuan yang dalam chatting ni semuanya bohsia, aku cukup tak sangka....@yuzz aku kenal dengan myspace iaitu blog bukan baru lama gak hampir 2 bulan aku kenal dan 2 minggu lebih aku bercinta...pakcik aku kata kalau nak betul2 jumpa dulu baru kenal. Korang bayangkan 10 orang yang aku jumpa dan kenal pun tak kekal hancur lebur cinta aku mereka buat. Aku hanya boleh berdoa dan bertawafkal kepada tuhan bahawa cinta, jodoh dan pertemuan ditangan tuhan. Walaupun aku kenal dia dalam myspace ia sudah dianggap sebagai pertemuan.

Tuhan itu maha kaya, jika betul Dilla merupakan jenis yang seperti pakcik aku sangkakan aku akan membawa diri dengan hati yang hancur seperti pasir yang tidak pernah terbentuk. Aku tau pakcik aku sayang aku, dan dia kata dia tak nak aku main makwe dan girlfriend ni dia nak aku tumpukan 100% kepada pelajaran aku kalau aku sayang dia aku kena buat, tapi kalau aku buat gak maknanya aku tak sayang dia, aku terfikir dia memang sayang kat aku, itu aku tahu tapi, dia kena fikir, aku ada perasaan cinta dan ingin dicintai, jika aku dah berjaya baru perempuan nak datang dan jika aku gagal siapa yang nak kat aku, jika difikirkan balik adakah itu dinamakan kesetiaan dan keikhlasan??

Aku sentiasa berdoa pada tuhan supaya aku ditemukan dengan perempuan yang aku cari bagi memberi aku nafas baru, semangat baru dan kehidupan yang baru. Aku dapat merasai bahawa kekuatan cintanya pada aku, dan bagi aku orang yang ingin menghalang aku menjalinkan hubungan dengan dia dianggap sebagai lalang. Aku hanya akan meninggalkannya jika parents aku dan dia tidak merestui hubungan kami. Kerana restu ibubapa adalah lebih afdhal berbanding pendapat orang lain. Jika asyik dengar kata orang sampai mati lor aku tak berkeluarga sendiri. Herm, entah lor hanya tuhan yang tahu bertapa kuatnya cinta aku pada dia dan hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa kuatnya cinta dia pada aku.

Kesucian cinta hanya akan lahir pada orang yang tengah bercinta dan merasai bertapa agungnya cinta mereka. Orang yang sudah berkeluarga sudah tidak perlu memikirkan pasal cinta kerana cinta mereka sudah sampai ke kemuncaknya.

Aku harap Dilla bukan seperti yang disangkakan dan dia masih suci dari segi kehormatannya. Hanya tuhan yang menentukan jodoh kami bukan orang lain.

Kehilangan

Tadi abah aku dapat berita Tok Ngah (moyang) aku kat kampung meninggal semalam jam 11.30 malam semalam. Baru pagi tadi aku dapat berita dalam jam 10 .30 pagi, jadi aku ngan family aku kelam-kabut nak balik kampung.

Aku tak tahu macam mana nak cakap, sebab dia pun dah uzur sangat adalah umur dia dalam 100 tahun lebih, mcm tak percayakan. Tapi dalam I/C 90 lebih jer adalah dalam 98 tahun mcm tu. Dulu keluarga aku yang jaga dia bertahun2...masa tu arwah datuk aku yang bawak dia ke rumah pantai ni. Jadi masa tu aku kecik lagi, tak tahu apa2... Last aku jumpa dia masa raya puasa tahun ni. Dia cium pipi aku peluk aku semua, huhu...

Tapi yer lor kan, sudah sampai masanya dia pergi atas jemputan malaikat-Nya. Jadi kita yang hidup kenalah sentiasa beringat pada Allah s.w.t sebab kita akan mendapat jemputan istimewa ini pada bila-bila masa. Janganlah kita sentiasa mengejar harta dunia sebaliknya kita perlu mengejar harta disana juga. Hidup di dunia ini bukan selamanya, kerana apabila sudah sampai masanya kita akan pergi ke dunia yang lebih indah.

Kehilangan akan terjadi dan tidak dapat lari daripada prinsip kehidupan. Setiap yang lahir ke dunia pasti akan pergi buat selamanya. Walaubagaimanapun kita kenalah sentiasa beringat pada diri dan amalan kita, supaya ringan hukuman kita di sana...

Kesedihan org yang kehilangan ahli keluarga adalah perkara yang paling sedih aku alami. Dulu Pak Long aku meninggal akibat sakit jantung, aku amat rapat ngan dia, Datuk aku lak leh nak kata apa, sebab aku hanya dapat melihat muka dia masa nak pergi haji (bulan puasa) pastu meninggal kat madinah dah rezeki dia nak pergi dari sanakan. Tapi nak buat mcm manakan tuhan lebih sayangkan dia, tok ngah ngan pak long aku. Jadi sebagai peringatan kepada aku, sedekahkan lah al-fatihah, yassin dan doa kepada mereka supaya mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin....

Friday 19 December 2008

Apabila Rindu Melanda

Aku memang tak dapat menahan rindu pada dia untuk hari ini. Rindu ini sangat kuat menguasai diri apabila dia jauh dari pandangan mata. Hanya hati yang dapat melihat betapa sayangnya aku kat dia. Cinta dan kerinduan tidak dapat di pisahkan kerana cinta itu akan terbukti apabila kita rindu pada seseorang yang kita cintai.

Hati hanya menyimpan perasaan yang lahir dengan sendirinya dari segi pendangan dan pendengaran. Aku merindui rupanya yang hanya dapat menyentuh pada sekeping gambar yang aku "print" di kedai dan di framekan bagi tatapan aku di bilik tidur ku. Suaranya yang lemah-lembut membuat aku gelisah dan seakan-akan mahu dia sentiasa berada disisi ku. Hari ini aku hampir-hampir menitiskan air mata kerana terlalu rindu pada dia. Aku rasa seperti mahu pergi ke rumah dia di Kedah semata-mata mahu berjumpa dengan dia.

Habis telefon adik aku menjadi mangsa bagi melepaskan perasaan rindu aku kepada dia, kerana telefon aku tak ada kredit. Adik ke-3 aku memberi telefon dia semata-mata mahu aku gembira dengan call dia supaya perasaan rindu aku akan terubat. Adik aku tak kisah mungkin angin dia baik hari ini. Aku sms dia dan call dia, dia tak jawab dan tak angkat call aku. Jadi aku berfikiran positif kerana dia baru balik niaga, mungkin dia penat sekian hari bekerja. Jadi aku teruskan kerja aku di laptop, selepas itu dia call aku dan berkata "sorry syg tertido" jadi aku berkata "tak per" selepas itu kami berbual panjang sehingga habis kredit dia.

Aku tak sangka dia begitu baik dan sungguh memahami. Dia bertanya soalan yang aku tiada jawapannya "Mengapa pilih Dila?" aku hanya mengatakan "Ayg tak tahu mungkin allah yang menemukan kita" jadi dia berkata "Mungkin, allah yang takdirkan kita" aku menyaut "insyaallah" Aku berdoa semoga cinta aku dan dia akan berkekalan dan dia sentiasa berdoa pada allah supaya hubungan aku dan dia diredhai-MU. Tapi dia tak kisah walaupun dia yang call aku dan aku tak call dia. Sebab aku mempunyai masalah kewangan. Dia tak kisah dan dia akan call aku di lain hari. Dia tak pernah mungkir janji, setiap perjanjian yang dibuat mesti ditunaikan.

Aku tahu dia sentiasa merindui aku, dan aku sentiasa merindui dia setiap saat. Kadang kala aku bermimpi berpelukan dan berjalan di satu taman yang indah dan cantik dipenuhi rama-rama berterbangan dan udaranya yang nyaman. Adakah itu dikatakan keindahan cinta dan rindu.
Rindu itu yang akan menguatkan cinta aku, setiap kali aku melihat perempuan disekeliling, aku sentiasa teringat pada dia. Buat masa ini hanya gambar di telefon dan laptop saja yang aku mampu melihat. Insyaallah dikemudian hari rindu aku dan dia akan terubat apabila kami bersua nanti. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Setiap penyakit mesti ada penawarnya.

Jika penyakit kerinduan penawarnya adalah : Perjumpaan dan perbualan.

Walaupun aku dan dia masih belum bersua, perbualan yang menguatkan cinta aku dan dia. Tidak semestinya cinta yang jauh adalah cinta yang tidak pernah kekal. Dengan kepercayaan, keyakinan, kesetiaan, dan keikhlasan yang akan mengekalkan cinta yang kita bina.

Sebagai akhir kata Aku sayang sangat kat dia, apabila rindu melanda aku tidak dapat mengelaknya kerana perasaan itu akan sentiasa menghantui diri ku ini. Jika aku ditakdirkan dengan dia aku bersyukur kepada-MU YA ALLAH. Dengan pertemuan yang KAU rancang ini hanya akan berakhir dengan panggilan malaikat-MU sahaja. Syukur ke hadrat-MU Ya ALLAH.

Aku sayang dia, Aku rindu dia, Aku ikhlas pada dia, Aku jujur pada dia dan aku amat mencintai dia.
Dengan itu, Bunga-bunga indah percintaan mula mekar di taman cinta kami.

Thursday 18 December 2008

Meluahkan Apa Yang Terpendam!!!

Salamualaikum,

Aku nak tujukan kepada sesiapa yang telah beberapa kali putus cinta. Hidup ini adalah singkat dan kita perlu menghargai cinta yang kita bina, dan itu dikatakan takdir cinta. Setiap manusia mesti ada melakukan kesilapan dan kia bukan nabi, seorang manusia yang dikecualikan daripada dosa.
Dosa kita dengan tuhan akan diampunkan oleh-NYA dengan doa dan keinsafan dan keikhlasan. Allah menjadikan setiap manusia berpasangan seperti ADAM A.S dan HAWA.

Apabila kita gagal dalam percintaan tidak semestinya kita gagal buat selama-lamanya. Setiap percintaan yang putus mesti ada penyambungnya ibarat bunga "bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor". Kita akan menemui cinta kita apabila dengan berkat doa kita , keikhlasan , dan kesucian cinta kita kepada allah. Jika kita mendoakan supaya kita ditemukan kepada seorang perempuan/lelaki yang ikhlas dan sudi menerima kita seadanya dengan izin-Nya, kita akan menemuinya walaupun tidak pernah bersua. Apabila sudah menemuinya maka, hargailah cintanya, keikhlasan, kesabaran, kepercayaan, keyakinan, kejujuran dan amanah merupakan kunci kesetiaan.

Kita jangan buruk sangka dan memikirkan perkara yang buruk kepada pasangan kita, walaupun dia berbohong tetapi adakalanya dia tidak berniat untuk membohongi kita dan kita mengiakan saja. Bertolak ansur merupakan elemen penting dalam percintaan, kerana cinta itu buta dan cinta itu suci, walaupun ada perpisahan, penderitaan dan menitiskan air mata kesedihan itu merupakan keilkhlasan dan kesucian cinta yang dibina oleh kita. Jangan berdendam kerana dendam yang dipendam itu yang akan memakan diri, kesucian cinta dan keikhlasan diri kita. Jangan jadikan perempuan / lelaki yang sudi memberi cinta mereka kepada kita sebagai mangsa untuk membalas dendam. Hargailah setiap cinta yang kita dapat dan kita bina hidup baru dengan dia kerana ada hikmah disebalik kesemua kesedihan kita.

"Buang yang keruh dan ambil yang jernih" peristiwa pahit dan duka yang lepas harus dihilangkan dari ingatan dan ambillah ia sebagai pengajaran didalam percintaan. Terima sahajalah cinta yang diberi oleh dia dan jangan menolak. Keikhlasan dia akan terbukti apabila dia sanggup menjaga kita dan mengambil berat pasal kita. Setiap individu mempunyai karakter yang berlainan kerana individu yang pendiam dan pemalu tidak semestinya memboringkan, individu yang kaya-raya tidak semestinya akan bahagia dengan hartanya jika keikhlasan dan ketenangan hidup tidak hadir dalam kesucian cintanya dan hatinya.

Kesetiaan akan menguji segala-galanya.

Jadi ingatlah kesucian cinta agung adalah dari keikhlasan, kepercayaan, kesabaran, bertolak-ansur, kelembutan suara percakapan dan pengorbanan demi kesucian cinta dan percintaan setiap pasangan akan terbukti cinta agung yang sebenar.

Maka dengan itu terbuktilah @y@t-@y@t C!nt@

Wednesday 17 December 2008

Doa Seorang Hamba Bersyukur yang Ikhlas dengan kesucian cintanya.

@y@t - @y@t C!nT@


Monday 15 December 2008

Bersatu dan bekerja dalam satu keluarga

Hari ini aku cukup panas dan bengang dengan 2 orang abang aku ni..
Bertelagah untuk menyalahkan diantara satu sama lain, hanya pasal tender baju.
Kalau diikutkan kita jangan berkelahi hanya pasal tender baju yang hanya untuk 30 helai tu.
Kalau mcm ni, perkara ni hanya akan merosakkan keakraban persahabatan dan keluarga kita.

Jangan masukkan isu individu dalam keluarga. "Be Professional", kalau nak jadikan keluarga kita ni kuat di pandang tinggi dan desegani kita perlu bersatu dan menerima teguran dari pihak lain. Mereka ni bukannya orang lain ahli keluarga kita juga. Hentikanlah menyalahkan orang lain dengan mengunding jari kearah ahli keluarga sendiri. Perkara ni hanya akan merosakkan nama keluarga yang kita laung-laungkan dalam perjuangkan hak rakyat di kawasan kita. Bagaimana kita nak menegakkan hak rakyat jika dalam pengurusan keluarga kita gundah gulana. Kalau nak marah dah besar dan dah boleh fikir baik dan buruk, hentikan ideologi pentingkan diri sendiri. Herm, aku tak tau nak cakap apa. Nak menangkan sebelah pihak pun tak boleh, sebab mereka ni ibarat abang2 aku dan keluarga aku. Aku tak nak main tarik tali, biar aku yang jadi pemegang tali di tengah-tengah tidak berpihak kepada sesiapa.

Kita patut membuka fikiran kita dan tanamkan didalam fikiran dengan software berfikiran rasional dan terbuka. Menerima segala puji dan kritikan ahli kuarga kita. Jika ada kekurangan atau kesilapan kita perlu terima untuk memperbaiki dan memantapkan lagi mutu jati diri dan kerja kita, supaya tidak berlaku kesalahan yang sama dikemudian hari. Kita patut bekerja didalam satu organisasi yang kukuh dan saling hormat-menghormati tidak kiralah ahli keluarga baru atau lama. Herm, sikit-sikit nak gaduh (2x) yang jadi mangsanya adalah "kakak" kita, dah lah dier sakit baru lepas "teeth operation" pastu datang 2 orang mangkuk hayun ni asyik minta duit jer. Kecian aku tengok "kakak" kita tu, dah lor baru lepas menderita sakit "teeth" dan baru lepas "teeth operation" datang masalah lain pulak..herm, tak tau lor apa nak jadi ngan ahli keluarga kita ni.

Sebagai pergulungan kata, kita patut hormat "kakak" kita sebagai ketua keluarga kita. Kalau dia salah kita tegur dengan cara yang betul, bukan dengan sergah mcm"harimau mahu menerkam mangsanya" kita bangsa melayu ada adat dan budi bahasa kita, cakap elok-elok "slow talk" baru sesuatu perkara tak jadi "panas" dan semua orang bermasam muka. Semua perkara atau masalah ada jalan penyelesaian dengan cara berbincang bukannya buat pemulauan dan caci-mencaci, kutuk-mengutuk, saling jatuh-menjatuhkan sesama keluarga. Itu bukan cara kita, itu cara "keluarga melayu bersatu", takkan kita nak ikut jejak langkah mereka?? lama-kelamaan keluarga kita runtuh dan kepercayaan orang ramai akan luntur di hati mereka.

Aku harap kita dapat bersatu semula dan saling maaf-memaafkan diantara sesama manusia. Islam mengajar kita supaya hidup bersatu pada dan berkerja didalam satu kelompok keluarga yang mantap dan berkesan demi menegakkan hak masyarakat. Bila kita dah dapat kata sepakat, maka, kita tidak ada masalah dalaman keluarga dan kita dapat bekerja dengan tenang dan hati yang terbuka dan akan meningkatkan lagi semangat kita untuk bekerja.

Wednesday 10 December 2008

Tagged From My Heart

Tagged ini adalah untuk mendedahkan diri aku serba sedikit, supaya kawan-kawan semua mengenal diri aku yang serba kekurangan ini.

Kawan-kawan aku :-

Azwan
Ramlee (Pak Ram)
Jamal Izzham
Izwan (Itik)
Ansarri (Ansa)
Syafiq Izwan (Syafiq Panjang)
Hafizzudin (Apz)
Siti Nur Nadia (Nadia)
Fatin
Iezra
Nc
Faiz (YB)
Amin
Zira
Acap (Conan)
Adli
Aii Yiin
Atirah
Azwan
Farah Adiba
Jai (Penghulu)
Faliq
Farah Izzati
Fikri
Hairi
Hasnul
Jue
Padhil (Kunumoto)
Alyaa Izzati

Kepada yang tidak disebut korang semua tetap kawan aku gak, maklum lor org ramai kawan-kawan, hehhe....

Special Friend of me :- My Sweet Heart
Nur Fadhilah Binti Hamzi (Dilla)

Abang-abang aku :-
Abby
Rashid

Family mesti lor sayang semua....

Soala-soalan pengenalan :-

Pernah ada gf ?? - Memang ada lebih 10 orang (banyak tu) tapi tak kekal.

Sejak bila pandai bercintaf ?? - Darjah 6 (Monkey Love's)

Pernah menipu ?? - Memang pernah lor banyak kali (kantoi!!!)

Adakah kau seorang yang jujur ?? - kena lor jujur pada diri-sendiri (kadang-kadang)

Pernah melakukan hubungan seks?? - Tak pernah (dosa tu berzina)..

Pernah sembahyang ?? - Memang pernah lor orang Islam..

Cukup tak solat 5 waktu ?? - heheh...tak (kadang-kadang jer cukup)

Pernah ponteng puasa?? - Pernah masa kecik-kecik dulu (Sekarang tak lagi)

Pernah ponteng sekolah ??- Pernah masa form 1, panjat tembok belakang sekolah... (Sekarang ponteng cuti sakit jer (MC))

Aktif tak kat sekolah ?? - Aktif giler babi dalam ko-kurikulum yang terbaik dalam sekolah tu.

Akademik mcm mana?? - O.k lor not bad tapi math jer masalah..

UPSR dpt berapa ?? - 2 B 2C 1D

PMR berape?? - 4 B 3 C 1 D

SPM berape lak??- 4-B4 1-5C 1-6C 2- 7D 1-8E

Target nak masuk mana ?? -Mesti lar Universiti...

Target U mana?? - Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)

Cita-cita nak jadi apa?? - Mula2 nak jadi pegawai tentera tapi tak cukup inci, nak jadi cikgu lor..

Sebab apa nak jadi cikgu?? - Sebab jadi cikgu ni amalan mulia leh bantu anak bangsa yang lemah dalam akademik...

Pernah bergaduh tak?? - Pernah, masa form 1 ganas giler...silap sikit mesti makan buku 5...

Sekarang nak bergaduh tak?? - Tak lor, buat sakit badan jer...tak dapat apa manfaat pun..

Kau dah khatam quran berapa kali ?? - Adalah dalam 8 kali....

Kau minat baca quran ker?? - Minat gak lor lebih2 lagi bila dengar imam mekkah baca kan...sayup hati aku siot...

Kau ada berapa adik-beradik?? - 5 orang aku yang ke-2..

Apa hobi kau?? - Main bowling, tengok wayang, merayap tengah2 malam..

Amalan lain yang kau suka buat?? - Aku minat buat kerja-kerja amal..

Kau ada masuk apa2 kelab tak?? - Ada gak lor Kelab PROSTAR Petaling..

Mana-mana parti politik?? - Ada, Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Asal masuk PKR??? tak masuk UMNO?? - Herm, berat tu...negara ni negara demokrasi, kalau semua sokong UMNO-BN, sapa nak sokong PKR...tak adil lor mcm tu..

Kau memang minat politik ek?? - Minat giler, politik ni buat kita berpandangan jauh...dan matang..

Ada tak parents kau sokong?? - Entah lor, ayah aku adalah ajar aku pasal politik sikit2...

Aku rasa itu jer serba-sedikit pasal aku..kalau nak kenal aku just main YM jer lor...or Myspace..

Yahoo Messenger : ruffluv_naz@yahoo.com

Myspace : ruffluv_naz@yahoo.com

k....see you in YM...or Myspace k..da..

Monday 8 December 2008

Sehari Berkorban

Salammualaikum,

Hari ni aku nak citer pengalaman aku bergotong-royong dengan penduduk tempat aku Lembah Pantai. Aku kena bertugas kat Kondo Rakyat (bukan kondo pangsapuri jer. Nama tempat jer kondo, heheh) herm, ini lor kali pertama aku merasai menjalankan ibadah korban, memang puas hati, best giler....

Tempat aku kalau total semua 27 ekor lembu sekali ngan kambing lor. Kau nak tahu dah lor ujan, mula2 aku malu-malu nak tolong last-last dah ada pisau kat tangan aku tolong jer lor, apa yang patut. Ada abg group aku (Pemuda PKR) suruh tolong melapah kulit lembu. Aku sebenarnya mana tahu nak melapah kulit lembu ni (hehhe..kantoi) aku tengok abg2 aku tu buat, aku pun toreh jer lor..asalkan kulit tercabut dan daging tak rosak cukup lor, hehe...
Yang sebenarnya best gak melapah kulit ni...hehe, pas seekor aku habis melapah terus confident lor....apa lagi aku lapah lagi 3 ekor...memang terasa penat dia...(pancit maklum lor smoker)..
;p heheh

Tengah syok2 melapah, pastu big boss aku datang (YB Nurul Izzah Anwar- Parlimen Lembah Pantai) pastu aku ngan abg2 aku tinggalkan jer lor lembu2 tu. Jumpe YB tanya khabar semua, ingat lagi YB kat aku..hehe, sebab kami pernah jumper dulu..hehee, memang puas hati dapat bergambar ngan dia bukan selalu dapat jumpekan..heheh...

Pastu, ada lor makan2 sikit kira jamuan lor...hehe, memang layan giler sup perut dier...aku apa lagi, ambik lor sikit bawak balik, nak ambik banyak bekas tak da. Aku tolong bersihkan semua ngan abg2 PKR aku bersihkan semua lor, lantai kerusi, periuk belanga, besen semua..hhhehe
Tapi, aku memang tak sangka banyak gak aku dapat daging, tapi, yer lor mana leh makan semua kan, jadi aku sedekah lor kat jiran2 aku..

K...itu jer cerita pasal aku untuk ibadah korban..

Selamat Hari Aiduladha

"Semoga Allah s.w.t menerima ibadah dan amalan kita amin.."

Penawar Hati Yang Terluka

Salammualaikum....

Herm, sekarang aku dah meluahkan semua apa yang aku rasa selama ini.
Tapi, ada yang mengatakan hidup ini pasti ada perpisahan dan pertemuan,
suka dan duka, pahit dan manis, indah dan penderitaan.

Tapi, itu semua dah berlalu dalam hati aku, nak tahu kenapa?
sebab, ada perempuan yang sanggup menerima aku walaupun aku dah
mendedahkan aib aku pada dia (bukan kemaluan aku) jangan jadi otak kuning.
Tapi, jawapan dia "saya tak kisah asalkan awak dah berubah cukup lar, dan
bertaubat". Tapi bila aku cakap, dulu masa aku ada girlfriend suka pegang2 dan
cium-cium mcm tu. Jawapan dia, "iye ker, tapi itu dulukan sekarang awak dah tak buat lagikan, jangan fikir bukan2 k".

Tapi dia tetap dapat terima aku, aku bingung...dan rasa seperti bermimpi..mcm mana
perempuan yang lembut dan baik leh terima lelaki yang perangai au'zubillah mcm aku ni??
Tapi jawapan dia "tapi bagi saya awak baik" aku tak sangka dia boleh menerima diri aku yang tak perfect ni...selalunya kebanyakan perempuan lari bila aku menceritakan semua
pasal diri aku sebenarnya. Lebih baik berterus terang dahulu dari awek2 ni membuat kesimpulan yang lainkan...

Aku kenal dia di myspace. Mula-mula dia yang add aku, pastu mula-mula kami berborak pasal Kadet Remaja Sekolah. Dia ni orang Kedah, nama dia nanti aku bagi tau. Pastu aku tinggalkan no telefon aku kat msg dia (dalam myspace) herm, tak lama lepas tu dia msg aku, pastu miss call.
Aku memang malas nak layan orang miss call2 ni (sorry leh sapa yang terasa ek)
pastu aku balas msg dia kat fon aku, dia kata nama dila. aku dah blur dia kata tinggal kat sungai petani, kedah, lagi lor aku blur...pastu dia kata aku bagi no fon aku kat dia, nickname dia "@yuzz" baru aku ingat. Dari situ lor kami berkawan.

Pastu, kami msg2 guna fon. Sampai kredit aku habis msg jer memanjang jer kejer (bukan dengan seorang jer lor) hehehe..kantoi lor lak...masa tu belum couple lagi...tak per..
dia tetap msg aku, entah kenapa masa tu dia tetap nak msg ngan aku. Walaupun dia dah ada boyfriend so, aku malas nak kacau...milik orang (tapi ada gak aku kacau hehe..)
Masa tu aku nak gi kursus kat biro tatanegara, Kedah. Dia ambil berat pasal aku, dia tanyer aku dah makan ker belum, sihat ker tak??, berapa lama kem...mcm2 lor dia tanyer..
Masa tu aku ngah lepak2 jer lor ngan member2 baru akukan...sambil tu balas lor msg dia.

Bila aku habis jer kursus aku buka fon (fon kena rampas) banyak giler msg ngan miss call, ada dari mama aku, ada dari kakak aku, yang paling banyak Dila lor 3 kali miss call. Aku dah pelik kan dia dah ada pakwe tapi naper dia miss call aku sampai 3 kali??? pelik2..
Erm, detik cinta bermula bila aku keluar ngan abang angkat aku nak gi makan tengah malam kat Uptown Kota Damansara Seksyen 3. Agak lama lor aku berkawan ngan dia dari sebelum puasa.
Tapi, kebanyakan dia yang call lor...heheh, aku yang suruh dia call...(jahat giler aku)...tapi dia call gak, tak bangkang pun..kalau alasan pun "saya malu, segan" dan kawapan paling famous "tak cukup kredit" hehe...tapi dia tetap call...

Masa on the way ke uptown tu, aku tanyer boyfriend tak marah ker asyik msg ngan call saya ni. Dia kata dah putus, aku pun apa lagi sajer try lor...pastu dia kata "nak fikir dulu, dan akan buat keputusan yang terbaik untuk kita" aku pun tunggu lor...selang beberapa hari aku try panggil dia sayang , dia sikit pun tak marah jadi aku teruskan jer lor...hehe, pastu dia kata takut nak bercinta sebab dalam percintaan banyak duka dan penderitaan. Jadi aku pun mengeluarkan ayat-ayat cinta aku, "ayang akan menjadi bf yang terbaik untuk sayang" dia balas "insyaallah saya pun harap hubungan kit ni akan berkekalan" dia sanggup menerima aku seadanya dan aku sentiasa berdoa pada Allah s.w.t supaya menemukan aku dengan seorang perempuan yang boleh menerima diri aku yang serba kekurangan ni...

Tapi, malangnya aku di Kuala Lumpur dan dia berada di Kedah, huhuhu....hanya boleh menangung rindu sahaja lor...Tapi tak apa, aku dah janji dengan dia yang aku akan pergi ke kedah untuk berjumper dengan dia lepas habis STPM nanti...Kalau dia datang KL dia pun nak jumper aku, nak melepaskan rindu di hati...maklum lor orang yang sedang bercinta mesti nak bermanje-manje, bergurau-senda dan sebagainya (jangan fikir bukan-bukan k).

Nama dia Nur Fadhilah Binti Hazmi (Penawar luka di hati ku yang sudah sekian lama)

Alhamdulillah akhirnya aku berjumpa dengan seseorang yang sanggup menerima aku dan membalas cinta aku..syukur Amin..terima kasih ya ALLAH...

Itu lor kisah pengenalan aku dan dia, hehe....

Aku nak ucapkan terima kasih pada Nadia, Fatin, Fikri, Ika, Zira, Nc dan kawan-kawan semua yang memberi kata semangat dan sudi berkawan ngan aku walaupun menolak cinta aku nadia dan fatin(sebab mereka dah ada) mereka tetap sudi nak berkawan dengan aku dengan hati yang terbuka..terima kasih semua..memberi nasihat yang berguna pada aku...

Korang pun doakan aku dan dia sentiasa bahagia dan kekal sampai bila2 k....kecuali parents dia menghalang hubungan kami lor....Parents aku open minded..hehhe, parents aku tak kisah....heheh...

Saturday 6 December 2008

Barisan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat






YB Dato' Haji Mohamad Noah bin Omar
01.09.1959 - 29.02.1964























YB Dato' Syed Esa bin Alwee
18.05.1964 - 24.11.1964



















YB Tan Sri Dato' Chok Mohamad Yusuf bin Sheikh Abdul Rahman
25.11.1964 - 03.11.1974




















YB Tan Sri Datuk Haji Nik Ahmad Kamil Haji Nik Mahmood
04.11.1974 - 20.12.1977























YB Tan Sri Datuk Dr Syed Nasir bin Ismail
09.01.1978 - 16.03.1982





















Y. A. Bhg. Tun Dato' Seri Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail
14.06.1982 - 14.10.2004














YB Tan Sri Dato' Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib
22.11.2004 - 27.04.2008















YB Tan Sri Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia
28.04.2008 - kini










Mereka merupakan orang yang mempengerusikan

Wednesday 3 December 2008

Perlembagaan Negara

Perlembagaan Malaysia dibentuk melalui Suruhanjaya Reid bagi merangka perundangan tanah melayu yang berdaulat dan merdeka.

Pilihanraya Demokrasi Berparlimen diadakan pada tahun 1951. Diberi nama Pilihanraya Tempatan 1951.

Fungsi draf Perlembagaan Malaysia berasaskan beberapa perkara :-

- Sebuah Kerajaan Persekutuan yang kuat.
- Memelihara kedudukan dan keistimewaan orang Melayu.
- Menjamin kedudukan sultan-sultan sebagai ketua negeri masing-masing.
- Melindungi kepentingan sah kaum-kaum bukan melayu.
- Prinsip-prinsip demokrasi dengan raja berperlembagaan.

Suruhanjaya Ried dianggotai oleh :-

* Lord Reid dari United Kingdom (England)- Ketua
* Sir Ivor Jennings dari United Kingdom (England)
* Sir Willian Mckell dari Australia
* B. Malik dari India
* Hakim Abdul Hamid dari Pakistan (wakil agama Islam)

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi didalam pentadbiran sesuatu negara dan undang-undang bertulis. Undang-undang yang ditubuhkan oleh badan perundangan akan terbatal secara automatik. Undang-undang akan terbatal jika undang-undang tersebut bercanggah dengan perlembagaan negara.

Perlembagaan Negara mengandungi 183 buah perkara yang menyebut mengenai hak-hak orang melayu, majlis raja-raja melayu, hak-hak warganegara malaysia, raja berperlembagaan dan sebagainya.

Rang Undang-Undang Negara
Contoh:-

Undang-undang Subvertif
- Kerajaan berkuasa untuk menahan dan menghukum mereka yang mengancam keselamatan negara.

Undang-undang Darurat
- Kerajaan berkuasa untuk mengenakan perintah berkurung dan pasukan keselamatan berkuasa untuk menembak serta membunuh
sesiapa sahaja yang mengingkari undang-undang darurat tanpa pembicaraan.

Akta Keselamatan Dalam Negeri /Interior Security Act (ISA) 1960
- Seseorang boleh ditahan tidak melebihi 2 tahun tanpa perbicaraan jika pada pandangan kerajaan, orang itu mengancam keselamatan negara.
sebagai contoh :-
* Pemimpin gerakan gerilla.
* Melakukan huru-hara sehingga boleh menjejaskan keselamatan rakyat.
* Melakukan gerakan yang boleh mengancam keselamatan negara dan rakyat seperti pengeboman berani mati.

Akta Rahsia Rasmi 1971
- Melindungi dokumen dan maklumat negara yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi, semua orang, termasuk rakyat dan bukan rakyat, yang membocorkan rahsia tersebut telah melakukan kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah.

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)
- Para pelajar dilarang daripada bergerak aktif dalam politik


Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
- Badan-badan penerbitan dan media elektronik tiada kebebasan untuk mengungkitkan isu-isu sensitif yang boleh mengancam keselamatan negara.
Sebagai contoh :-

* Menerbitkan satu artikel mengaitkan isu-isu perkauman.
* Menerbitkan cerita-cerita yang mengaitkan ha-hal agama.
* Menafikan hak-hak kenegaraan dan kewarganegaraan.

Akta Hasutan 1948
- Rakyat dilarang daripada menabur fitnah dan mengungkitkan isu-isu sensitif, iaitu hak-hak keistimewaan orang Melayu, bahasa, kuasa raja-raja, dan kewarganegaraan.

Akta Keistimewaan Sabah dan Sarawak
- Kerajaan Negeri berkuasa untuk mengawal kemasukan rakyat dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak.

Parlimen
Negara Malaysia merupakan negara Demokrasi Berparlimen dan raja berperlembagaan.
Parlimen Malaysia kini mempunyai 222 kerusi yang terdiri daripada kawasan -kawasan tertentu yang meliputi bahagian-bahagian kecil dalam sesuatu kawasan.
Contoh :-

Kerusi Parlimen - Lembah Pantai, Seputeh, Kubang Pasu, Bandar Tun Razak,
Petaling Jaya Selatan, Pekan, Marang, Kuala Terangganu,
Bukit Bintang, Pasir Puteh dan sebagainya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
- Bukit Gasing, Medan, Bandar Kinrara dan sebagainya.

Demokrasi Berparlimen
Parlimen dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu :-
* Parti Pemerintah.
* Parti Pembangkang.

Dewan Rakyat
- Dewan ini diketuai oleh Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua.
- Mempunyai Setiausaha dewan rakyat atau dikenali sebagai Sekreteriat.
- Ahlinya terdiri daripada ahli-ahli politik dari pelbagai parti politik.
Parti-parti politik terdiri daripada :-

* Barisan Nasional (BN)
United Malay National Organization (UMNO)
Malaysian Chinese Association (MCA)
Malaysia Indian Council (MIC)

* Barisan Alternatif (Pakatan Rakyat) - (PA)
Parti KeADILan Rakyat (PKR)
Democracy Association Party (DAP)
Parti Agama Islam Semenanjung (PAS)
BEBAS

Parti Pemerintah
-Kumpulan ini akan membahaskan mengenai bajet tahun hadapan oleh Menteri Kewangan Malaysia, dan mentadbir negara dari segi eksekutif dan perundangan sahaja. Parlimen bertindak sebagai penggubal undang baru dan pindaan undang-undang lama mengikut kesesuaian masa kini. Tetapi pihak parti pemerintah perlu mendapat sokongan 2/3 majoriti sokongan dari kedua-dua belah pihak. Bagi menggubal dan pindaan undang-undang. Untuk dibacaan Kedua di Dewan Negara bagi mendapatkan yang berkenan DYMM Yang Dipertuan Agong (sebagai ketua badan eksekutif, perundangan dan kehakiman) kerana DYMM merupakan ketua negara.

Parti Pembangkang
- Kumpulan ini akan membahaskan mengenai isu-isu rakyat dan negara bagi memudahkan undang-undang baru digubal dan dipinda oleh parti pemerintah. Parti Pembangkang akan membangkang perbahasan dari mana-mana pihak jika isi-isi perbahasan tersebut dianggap tidak releven dan tidak ada kena mengena dengan isu-isu rakyat dan negara.

Parti Pembangkang tetapi tidak berpihak mana-mana parti.
- Parti ini merupakan sebagai orang tengah yang akan menyokong dan mempersetujui mana-mana keputusan yang dibuat oleh pihak pembangkang atau pihak pemerintah.

Sebagai kesalahan di dewan rakyat yang dibahaskan oleh pihak parti pemerintah.
- Menteri Kewangan Kedua
Tan Sri Nor Mohamed Yaakop - Membahaskan isu minyak minyak global.

Perbahasan ini tidak releven, tidak ada kena mengena dengan keluhan rakyat dan tidak ada kena mengena dengan pentadbiran negara.

Tindakan pemecatan Perdana Menteri dan penubuhan kerajaan.
- Perdana Menteri akan terlucut apabila 2/3 atau majoriti ahli rakyat menyokong usul undi tidak percaya terhadap tonggak pemerintahan perdana menteri tersebut.

Tindakan yang perlu dibuat oleh perdana menteri.
- Meletak jawatan atau mengadakan pilihanraya sekali lagi.

Kesan terhadap kabinetnya.
- Apabila perdana menteri meletakkan jawatannya, secara automatiknya semua menteri-menteri didalam kabinet wajib meletakkan jawatan. Tidak kira sama ada di dalam kementerian atau jabatan perdana menteri.

Usul lompat parti
-Apabila seseorang ahli parlimen (MP) melompat parti maka, kerusi tersebut masih milik MP tersebut sebagai contoh.

Datuk Seri Kamaruddin Awang Kassim (Pekan) - Parti Barisan Nasional (BN)
telah melompat parti dari parti pemerintah ke parti pembangkang.

Datuk Seri Kamaruddin Awang Kassim (Pekan) - Parti Islam Semenanjung (PAS)
MP masih mengekalkan kerusinya tetapi beralih kepada parti pembangkang. Kerusi Parlimen PEKAN masih milik MP tersebut dan MP tersebut masih lagi wakil rakyat bagi rakyat Parlimen PEKAN.

Artikel ini merupakan dari skop mata pelajaran Tingkatan 6 (Pengajian AM) yang mendedahkan mengenai sistem negara demokrasi berparlimen. Sebagai bakal pemimpin negara akan datang anak-anak muda perlu faham mengenai asas politik dan pentadbiran negara bagi memudahkan kita faham mengenai politik dan bukan sahaja dibutai dengan hiburan semata-mata.

Tuesday 2 December 2008

Perasaan

Kadang-kadang hidup ini tak adil...
bila fikir-fikirkan balik memang tak adil..
kalau pasal mencari cinta, memang susah nak dapatkan yang betul-betul setia...
Masa aku mula-mula putus pasal ex-awek aku ngan kawan ku tu..
aku cuma fikir semua perempuan kat dunia ni sama jer...
harap muka jer lawa, pakai tudung tapi hati lagi jahat dari iblis...

Aku berazam untuk menawan hati setiap perempuan yang aku suka...
tapi usaha dan niat aku tak kesampaian...mungkin tuhan menurunkan musibah pasal
dosa aku yang lepas...

Dulu kawan-kawan aku pernah cakap, kalau dah suka tu pikat lor....
Tapi aku tak suka ganggu orang yang ada pasangannya...
sebab tu aku pergi mana-mana semua berseorangan...keluar, makan, bersiar-siar..
kadang-kadang pergi mandi kat air terjun ulu yam pun sorang-sorang jer...
nak bawak sapa, awek??? awek pun tak nak kat aku...
Bila aku melamar setiap perempuan yang aku suka, mesti dia kata aku playboy...
dia kata aku tipu lor, ada awek cakap tak da...malahal memang tak da...
memang susah ada muka yang putih dan tak "hensem" langsung ni....

Hanya kawan-kawan yang raoat jer yang tau isi hati aku, sudi mendengar keluhan hati aku, menjadi tempat aku meluahkan perasaan sedih dan gembira ku...
Itu semua seakan-akan pudar dari diri ku...
Lama-lama aku rasa diri ku untuk menerima sesiapa tak kira awek ker kawan ker akan hilang dari fikiran ku...
Adakah aku akan berbujang sampai tua...yer lor asyik kena reject jer...


Entah gadis yang manalah akan menjadi buah hati ku, memang malang nasib awek tu..
sebab nasib aku pun malang gak...
hanya awek yang sering kena reject jer kot, yang akan menjadi awek aku...

reject+reject = terima

entah lor..
kadang-kadag fikir pasal ni membuat aku menangis setiap malam, sebab tak da perempuan yang nak kat aku..

huuhuuuu...

Aku ngan pakcik mencuri ayam ramadhan

Salammualaikum...
Sekarang aku nak ceritakan sikit pasal kehidupan di pekan.
Dulu aku tinggal kat kampung tapi kat KL gak lor...(Pantai Dalam)
Orang-orang kat sini semua peramah...
awek-awek dia pun semua comel2 tapi, semua suka duduk rumah..
sebab orang tua dulu-dulu pantang awek-awek ni kuar rumah sebab takut kena ngorat..
heheeh...
kalau keluar gak confirm kena sebat ngan mak bapak diaorang...

Tapi sejak kampung ni menjadi pekan. Ramai kawan-kawan masa aku kecil pindah...
herm...ada gak jumper tapi tak ingat lor...masing-masing dah lupa maklum lor 10 tahun tak jumper..
Hahah....dulu aku suka main ayam laga, jadi semenjak ayam aku kena rembat ngan budak kampung seberang (memag kurang ajar giler) aku pun pergi lor mencuri ayam itu masa umur aku 11 tahun...kaki mengajar pakcik aku...(tak guna punyer pak cik, tak leh pakai) masa tu bulan pose...adaker orang pergi masjid semayang teraweeh dia semayang teraweeh kat reban ayam umah pak lang (kedai runcit) rumah dia banyak ayam laga hebat2 lak tu..
Jadi malang tidak berbau...masa nak mencuri tu (pakcik aku yang rembat aku perhatikan jer)
ada orang baru balik kerja sebab reban dia tu dekat2 dengan orang turun bas...walaupun gelap..
orang tu sergah lor...
aku ngan pakcik aku lari lintang pukang. nak lari balik umah kena lalu rail keretapi (paham-paham lor rail keretapi mesti ada pagar besi) pagar tu memang dah siap kena potong dengan penduduk kat situ dah jadi macam lubang lor...

Last-last muka pakcik aku terkena dawai kat pagar tu...mula-mula dia relaks jer...hero lor katakan..lepas dia tengok banyak darah keluar, dia meraung mcm orang dah nak mati lor..
"mak abang tak nak mati mak, huuhuh....mak abang tak nak curi ayam lagi mak" ayat tu jer lor dia memekek sampai balik umah...bapak dia garang, lepas bapak dia balik dari kerja (bomba) bapak dia tanye apasal muka dia tu, last-last mak dia cakap balasan curi ayam, bapak dia terus belasah dia malam tu gak.....kesian..
Nasib baik aku masa tu, tapi nasib tak menyebelahi aku gak...lepas tu aku pulak kena belasah ngan bapak aku pasal bersubahat, yang sebenarnya aku ada orang lagi pakcik aku dia ni macam bangsat sikit...mula dia yang bawa aku pergi jumper pakcik aku yang tengah curi ayam ni...last-last dia kata "dilottak curi, dilot hanta dia jer, yang curi dia ngan iwam" malahal pakcik aku yang dilot ni bawa balik ayam tu.

Dia tak kena apa-apa,maklum lor anak bapak lor katakan...orang-orang kat situ anggap si dilot ni baik, alim, mcm2 lar...naik meluat aku dengar...

herm...aku rasa itu jer lor kot....k..kot2 kalu ada cerita best2 yang aku ingat aku tulis k...
heheh...

Monday 1 December 2008

Dalam Hati Ada Cinta

Herm....kalau nak katakan setiap manusia itu tak da perasaan tak jugak.
Kadang-kadang timbul perasaan pada seseorang yang kita tak begitu rapat.
O.k, aku akan menceritakan sedikit pasal peristiwa cinta aku dari mula-mula aku timbul
perasaan cinta ni.

Aku mula-mula bercinta masa umur 12 tahun, (masa tu budak2 tak tau apa2)
Awek tu tak lor cantik sangat, tapi entah mcm mana aku leh couple ngan dia aku pun tak tau.
Pak cik aku yang satukan aku ngan dia, dia kawan sepupu aku.
Last-last putus sebab dia ni jenis yang playgirl, kecik2 dah pandai main jantan.
Masyaallah...dah besar aku pun tak tau dia jadi apa (muka pun tak ingat lagi)...

Masa tu aku tak ramai kawan2 perempuan, sebab perangai dan kenakalan aku mcm SETAN....
(baik dari setan lor)... tapi ada juga perempuan nak kawan ngan aku entah apa entah dia suka kat aku. Nama dia Siti Zahrah, dia cukup baik dengan aku, tapi tak da perasaan kat aku pon sebab aku ngan dia kawan baik, dulu dia lor tempat aku melepaskan perasaan sedih aku, gembira aku, herm..kira semuanya dia lor...

Tapi, sekarang dah lose contact, huhuhu....

Pastu, erm...bila aku start form 3 aku ada awek..kami memang bahagia giler...tapi, lepas 3 bulan bercinta, dia dah mula berubah hati, ajak kuar semua tak nak... alasan "nak study" tuhan tu maha kaya kan...last-last kantoi bercumbu ngan member baik aku sendiri..siap peluk2, semua...cium mulut lak tu....depan mata tau, masa tu aku rasa mcm nak belasah jer 2-2 sekali....tapi ada gak member perempuan aku yang halang, aku masih ingat apa dia kata "kalau awek kau sayangkan kau dia tak buat mcm tu, tapi salah dia gak kalau dia tak layan mamat tu mesti tak jadinya" pastu berselisih, dia nampak aku buat bodoh jer....pastu aku call lor awek aku ni, malam tu.... dia kata itu bukan dia, itu awek dia...dia kata dia ada adik kembar seiras...bila aku call mak dia, mak dia kata "tak da"....

Semenjak dari itu aku dah tak percaya semua perempuan, bagi aku semua perempuan itu sama jer...masa form 5 aku ada awek lagi, tapi itu hanya setakat melepaskan dendam aku jer...
Tapi, bila aku mula sedar tentang pengorbanan cinta apabila aku mula menonton filem

Ayat-Ayat Cinta

yang menceritakan seorang lelaki berhati mulia, mendapat isteri seorang yang cantik dan terpegun dan terpaut dengan kesucian akhlaknya. Dari situ hati ku mula menjadi lembut dan melepaskan dendam aku yang lalu. Hati ku sudah mula lembut, dan sudi menerima sesiapa sahaja yang sudi menjadi teman hidup ku.

Tapi sehingga sekarang aku masih belum berpunya, ada juga aku meluahkan perasaan aku kat perempuan yang aku sukai dan jatuh hati pada dia. Tapi semua perempuan yang aku luahkan kebanyakannya menolak cinta aku, mungkin pasal dosa aku yang lepas.

Tapi itu aku ambil sebagai pengajaran dalam percintaan dan kehidupan ku. Kawan-kawan ku ada juga berkata "bunga bukan sekuntum, nanti ada juga perempuan untuk kau", abah pernah cakap "engkau mencari dan tuhan yang menentukan" tapi lepas itu perempuan yang aku lamar dulu, terus tak bercakap dengan aku dan menegur aku pun.

Selepas itu, aku menghadiri satu kursus selama 5 hari (tapi dalam surat 8 hari) hehehe...
aku ada jugak lor aku minat kat perempuan ni..nama dia Nadia, Fatin dan Najwa...Tapi 3-3 tolak...sebab 3-3 dah berpunye, herm...mungkin dah nasib aku mcm ni...tapi hanya 2 orang ni jer yang memberi aku semangat...iaitu nadia dan fatin.

Fatin kata : kita berkawan dulu, mana tau kot2 jadi lain ker, lagi pun saya tak tau lagi bf saya ni akan menjadi husband saya.

Nadia kata : Saya faham awak terluka, tapi saya dah ada couple, tak per nanti awak akan tenang.
saya gembira dapat kawan mcm awak. Saya ikhlas dapat kawan macam awak.

Aku cukup gembira mempunyai kawan seperti mereka walaupun mereka menolak cinta aku tapi mereka memberi harapan kepada ku...Selepas peristiwa itu, aku terus putus asa, sekarang aku cuma buat bodoh jer....sebab aku dah tak mahu meluahkan perasaan aku pada perempuan sebab setiap kali aku meluahkan perasaan aku kat perempuan, bukan kebahagian yang aku dapat sebaliknya kekecewaan yang aku dapat...

Entah lor, aku bukan tak nak fikir pasal awek2 ni, tapi aku memerlukan kekasih hati untuk meluahkan kesedihan, bermanje, dan meluahkan apa yang aku pendamkan selama ni yang membuat aku sakit dan terluka...

Aku harap aku akan jumper perempuan yang cantik (mestilah), tidak mata duitan, dapat menerima aku seadanya, ikhlas pada ku, jujur dan memahami ku..

Kem Kepimpinan Pelajar Tingkatan 6 Seluruh Selangor

Kem Kepimpinan Pelajar Tingkatan 6 Seluruh Selangor
Kenangan yang tidak terhingga dan menjadi memori yang terindah.