Monday 1 December 2008

Dalam Hati Ada Cinta

Herm....kalau nak katakan setiap manusia itu tak da perasaan tak jugak.
Kadang-kadang timbul perasaan pada seseorang yang kita tak begitu rapat.
O.k, aku akan menceritakan sedikit pasal peristiwa cinta aku dari mula-mula aku timbul
perasaan cinta ni.

Aku mula-mula bercinta masa umur 12 tahun, (masa tu budak2 tak tau apa2)
Awek tu tak lor cantik sangat, tapi entah mcm mana aku leh couple ngan dia aku pun tak tau.
Pak cik aku yang satukan aku ngan dia, dia kawan sepupu aku.
Last-last putus sebab dia ni jenis yang playgirl, kecik2 dah pandai main jantan.
Masyaallah...dah besar aku pun tak tau dia jadi apa (muka pun tak ingat lagi)...

Masa tu aku tak ramai kawan2 perempuan, sebab perangai dan kenakalan aku mcm SETAN....
(baik dari setan lor)... tapi ada juga perempuan nak kawan ngan aku entah apa entah dia suka kat aku. Nama dia Siti Zahrah, dia cukup baik dengan aku, tapi tak da perasaan kat aku pon sebab aku ngan dia kawan baik, dulu dia lor tempat aku melepaskan perasaan sedih aku, gembira aku, herm..kira semuanya dia lor...

Tapi, sekarang dah lose contact, huhuhu....

Pastu, erm...bila aku start form 3 aku ada awek..kami memang bahagia giler...tapi, lepas 3 bulan bercinta, dia dah mula berubah hati, ajak kuar semua tak nak... alasan "nak study" tuhan tu maha kaya kan...last-last kantoi bercumbu ngan member baik aku sendiri..siap peluk2, semua...cium mulut lak tu....depan mata tau, masa tu aku rasa mcm nak belasah jer 2-2 sekali....tapi ada gak member perempuan aku yang halang, aku masih ingat apa dia kata "kalau awek kau sayangkan kau dia tak buat mcm tu, tapi salah dia gak kalau dia tak layan mamat tu mesti tak jadinya" pastu berselisih, dia nampak aku buat bodoh jer....pastu aku call lor awek aku ni, malam tu.... dia kata itu bukan dia, itu awek dia...dia kata dia ada adik kembar seiras...bila aku call mak dia, mak dia kata "tak da"....

Semenjak dari itu aku dah tak percaya semua perempuan, bagi aku semua perempuan itu sama jer...masa form 5 aku ada awek lagi, tapi itu hanya setakat melepaskan dendam aku jer...
Tapi, bila aku mula sedar tentang pengorbanan cinta apabila aku mula menonton filem

Ayat-Ayat Cinta

yang menceritakan seorang lelaki berhati mulia, mendapat isteri seorang yang cantik dan terpegun dan terpaut dengan kesucian akhlaknya. Dari situ hati ku mula menjadi lembut dan melepaskan dendam aku yang lalu. Hati ku sudah mula lembut, dan sudi menerima sesiapa sahaja yang sudi menjadi teman hidup ku.

Tapi sehingga sekarang aku masih belum berpunya, ada juga aku meluahkan perasaan aku kat perempuan yang aku sukai dan jatuh hati pada dia. Tapi semua perempuan yang aku luahkan kebanyakannya menolak cinta aku, mungkin pasal dosa aku yang lepas.

Tapi itu aku ambil sebagai pengajaran dalam percintaan dan kehidupan ku. Kawan-kawan ku ada juga berkata "bunga bukan sekuntum, nanti ada juga perempuan untuk kau", abah pernah cakap "engkau mencari dan tuhan yang menentukan" tapi lepas itu perempuan yang aku lamar dulu, terus tak bercakap dengan aku dan menegur aku pun.

Selepas itu, aku menghadiri satu kursus selama 5 hari (tapi dalam surat 8 hari) hehehe...
aku ada jugak lor aku minat kat perempuan ni..nama dia Nadia, Fatin dan Najwa...Tapi 3-3 tolak...sebab 3-3 dah berpunye, herm...mungkin dah nasib aku mcm ni...tapi hanya 2 orang ni jer yang memberi aku semangat...iaitu nadia dan fatin.

Fatin kata : kita berkawan dulu, mana tau kot2 jadi lain ker, lagi pun saya tak tau lagi bf saya ni akan menjadi husband saya.

Nadia kata : Saya faham awak terluka, tapi saya dah ada couple, tak per nanti awak akan tenang.
saya gembira dapat kawan mcm awak. Saya ikhlas dapat kawan macam awak.

Aku cukup gembira mempunyai kawan seperti mereka walaupun mereka menolak cinta aku tapi mereka memberi harapan kepada ku...Selepas peristiwa itu, aku terus putus asa, sekarang aku cuma buat bodoh jer....sebab aku dah tak mahu meluahkan perasaan aku pada perempuan sebab setiap kali aku meluahkan perasaan aku kat perempuan, bukan kebahagian yang aku dapat sebaliknya kekecewaan yang aku dapat...

Entah lor, aku bukan tak nak fikir pasal awek2 ni, tapi aku memerlukan kekasih hati untuk meluahkan kesedihan, bermanje, dan meluahkan apa yang aku pendamkan selama ni yang membuat aku sakit dan terluka...

Aku harap aku akan jumper perempuan yang cantik (mestilah), tidak mata duitan, dapat menerima aku seadanya, ikhlas pada ku, jujur dan memahami ku..

1 comments:

Unknown said...

sedih nyer
tp blh jd pengajaran untuk lebih berhati2 untuk bercinta...
teruskan usaha...
Allah telah tentukan yg terbaik untuk anda

Kem Kepimpinan Pelajar Tingkatan 6 Seluruh Selangor

Kem Kepimpinan Pelajar Tingkatan 6 Seluruh Selangor
Kenangan yang tidak terhingga dan menjadi memori yang terindah.