Friday 19 December 2008

Apabila Rindu Melanda

Aku memang tak dapat menahan rindu pada dia untuk hari ini. Rindu ini sangat kuat menguasai diri apabila dia jauh dari pandangan mata. Hanya hati yang dapat melihat betapa sayangnya aku kat dia. Cinta dan kerinduan tidak dapat di pisahkan kerana cinta itu akan terbukti apabila kita rindu pada seseorang yang kita cintai.

Hati hanya menyimpan perasaan yang lahir dengan sendirinya dari segi pendangan dan pendengaran. Aku merindui rupanya yang hanya dapat menyentuh pada sekeping gambar yang aku "print" di kedai dan di framekan bagi tatapan aku di bilik tidur ku. Suaranya yang lemah-lembut membuat aku gelisah dan seakan-akan mahu dia sentiasa berada disisi ku. Hari ini aku hampir-hampir menitiskan air mata kerana terlalu rindu pada dia. Aku rasa seperti mahu pergi ke rumah dia di Kedah semata-mata mahu berjumpa dengan dia.

Habis telefon adik aku menjadi mangsa bagi melepaskan perasaan rindu aku kepada dia, kerana telefon aku tak ada kredit. Adik ke-3 aku memberi telefon dia semata-mata mahu aku gembira dengan call dia supaya perasaan rindu aku akan terubat. Adik aku tak kisah mungkin angin dia baik hari ini. Aku sms dia dan call dia, dia tak jawab dan tak angkat call aku. Jadi aku berfikiran positif kerana dia baru balik niaga, mungkin dia penat sekian hari bekerja. Jadi aku teruskan kerja aku di laptop, selepas itu dia call aku dan berkata "sorry syg tertido" jadi aku berkata "tak per" selepas itu kami berbual panjang sehingga habis kredit dia.

Aku tak sangka dia begitu baik dan sungguh memahami. Dia bertanya soalan yang aku tiada jawapannya "Mengapa pilih Dila?" aku hanya mengatakan "Ayg tak tahu mungkin allah yang menemukan kita" jadi dia berkata "Mungkin, allah yang takdirkan kita" aku menyaut "insyaallah" Aku berdoa semoga cinta aku dan dia akan berkekalan dan dia sentiasa berdoa pada allah supaya hubungan aku dan dia diredhai-MU. Tapi dia tak kisah walaupun dia yang call aku dan aku tak call dia. Sebab aku mempunyai masalah kewangan. Dia tak kisah dan dia akan call aku di lain hari. Dia tak pernah mungkir janji, setiap perjanjian yang dibuat mesti ditunaikan.

Aku tahu dia sentiasa merindui aku, dan aku sentiasa merindui dia setiap saat. Kadang kala aku bermimpi berpelukan dan berjalan di satu taman yang indah dan cantik dipenuhi rama-rama berterbangan dan udaranya yang nyaman. Adakah itu dikatakan keindahan cinta dan rindu.
Rindu itu yang akan menguatkan cinta aku, setiap kali aku melihat perempuan disekeliling, aku sentiasa teringat pada dia. Buat masa ini hanya gambar di telefon dan laptop saja yang aku mampu melihat. Insyaallah dikemudian hari rindu aku dan dia akan terubat apabila kami bersua nanti. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Setiap penyakit mesti ada penawarnya.

Jika penyakit kerinduan penawarnya adalah : Perjumpaan dan perbualan.

Walaupun aku dan dia masih belum bersua, perbualan yang menguatkan cinta aku dan dia. Tidak semestinya cinta yang jauh adalah cinta yang tidak pernah kekal. Dengan kepercayaan, keyakinan, kesetiaan, dan keikhlasan yang akan mengekalkan cinta yang kita bina.

Sebagai akhir kata Aku sayang sangat kat dia, apabila rindu melanda aku tidak dapat mengelaknya kerana perasaan itu akan sentiasa menghantui diri ku ini. Jika aku ditakdirkan dengan dia aku bersyukur kepada-MU YA ALLAH. Dengan pertemuan yang KAU rancang ini hanya akan berakhir dengan panggilan malaikat-MU sahaja. Syukur ke hadrat-MU Ya ALLAH.

Aku sayang dia, Aku rindu dia, Aku ikhlas pada dia, Aku jujur pada dia dan aku amat mencintai dia.
Dengan itu, Bunga-bunga indah percintaan mula mekar di taman cinta kami.

0 comments:

Kem Kepimpinan Pelajar Tingkatan 6 Seluruh Selangor

Kem Kepimpinan Pelajar Tingkatan 6 Seluruh Selangor
Kenangan yang tidak terhingga dan menjadi memori yang terindah.