Saturday 20 December 2008

Kehilangan

Tadi abah aku dapat berita Tok Ngah (moyang) aku kat kampung meninggal semalam jam 11.30 malam semalam. Baru pagi tadi aku dapat berita dalam jam 10 .30 pagi, jadi aku ngan family aku kelam-kabut nak balik kampung.

Aku tak tahu macam mana nak cakap, sebab dia pun dah uzur sangat adalah umur dia dalam 100 tahun lebih, mcm tak percayakan. Tapi dalam I/C 90 lebih jer adalah dalam 98 tahun mcm tu. Dulu keluarga aku yang jaga dia bertahun2...masa tu arwah datuk aku yang bawak dia ke rumah pantai ni. Jadi masa tu aku kecik lagi, tak tahu apa2... Last aku jumpa dia masa raya puasa tahun ni. Dia cium pipi aku peluk aku semua, huhu...

Tapi yer lor kan, sudah sampai masanya dia pergi atas jemputan malaikat-Nya. Jadi kita yang hidup kenalah sentiasa beringat pada Allah s.w.t sebab kita akan mendapat jemputan istimewa ini pada bila-bila masa. Janganlah kita sentiasa mengejar harta dunia sebaliknya kita perlu mengejar harta disana juga. Hidup di dunia ini bukan selamanya, kerana apabila sudah sampai masanya kita akan pergi ke dunia yang lebih indah.

Kehilangan akan terjadi dan tidak dapat lari daripada prinsip kehidupan. Setiap yang lahir ke dunia pasti akan pergi buat selamanya. Walaubagaimanapun kita kenalah sentiasa beringat pada diri dan amalan kita, supaya ringan hukuman kita di sana...

Kesedihan org yang kehilangan ahli keluarga adalah perkara yang paling sedih aku alami. Dulu Pak Long aku meninggal akibat sakit jantung, aku amat rapat ngan dia, Datuk aku lak leh nak kata apa, sebab aku hanya dapat melihat muka dia masa nak pergi haji (bulan puasa) pastu meninggal kat madinah dah rezeki dia nak pergi dari sanakan. Tapi nak buat mcm manakan tuhan lebih sayangkan dia, tok ngah ngan pak long aku. Jadi sebagai peringatan kepada aku, sedekahkan lah al-fatihah, yassin dan doa kepada mereka supaya mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin....

0 comments:

Kem Kepimpinan Pelajar Tingkatan 6 Seluruh Selangor

Kem Kepimpinan Pelajar Tingkatan 6 Seluruh Selangor
Kenangan yang tidak terhingga dan menjadi memori yang terindah.