Wednesday 3 December 2008

Perlembagaan Negara

Perlembagaan Malaysia dibentuk melalui Suruhanjaya Reid bagi merangka perundangan tanah melayu yang berdaulat dan merdeka.

Pilihanraya Demokrasi Berparlimen diadakan pada tahun 1951. Diberi nama Pilihanraya Tempatan 1951.

Fungsi draf Perlembagaan Malaysia berasaskan beberapa perkara :-

- Sebuah Kerajaan Persekutuan yang kuat.
- Memelihara kedudukan dan keistimewaan orang Melayu.
- Menjamin kedudukan sultan-sultan sebagai ketua negeri masing-masing.
- Melindungi kepentingan sah kaum-kaum bukan melayu.
- Prinsip-prinsip demokrasi dengan raja berperlembagaan.

Suruhanjaya Ried dianggotai oleh :-

* Lord Reid dari United Kingdom (England)- Ketua
* Sir Ivor Jennings dari United Kingdom (England)
* Sir Willian Mckell dari Australia
* B. Malik dari India
* Hakim Abdul Hamid dari Pakistan (wakil agama Islam)

Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi didalam pentadbiran sesuatu negara dan undang-undang bertulis. Undang-undang yang ditubuhkan oleh badan perundangan akan terbatal secara automatik. Undang-undang akan terbatal jika undang-undang tersebut bercanggah dengan perlembagaan negara.

Perlembagaan Negara mengandungi 183 buah perkara yang menyebut mengenai hak-hak orang melayu, majlis raja-raja melayu, hak-hak warganegara malaysia, raja berperlembagaan dan sebagainya.

Rang Undang-Undang Negara
Contoh:-

Undang-undang Subvertif
- Kerajaan berkuasa untuk menahan dan menghukum mereka yang mengancam keselamatan negara.

Undang-undang Darurat
- Kerajaan berkuasa untuk mengenakan perintah berkurung dan pasukan keselamatan berkuasa untuk menembak serta membunuh
sesiapa sahaja yang mengingkari undang-undang darurat tanpa pembicaraan.

Akta Keselamatan Dalam Negeri /Interior Security Act (ISA) 1960
- Seseorang boleh ditahan tidak melebihi 2 tahun tanpa perbicaraan jika pada pandangan kerajaan, orang itu mengancam keselamatan negara.
sebagai contoh :-
* Pemimpin gerakan gerilla.
* Melakukan huru-hara sehingga boleh menjejaskan keselamatan rakyat.
* Melakukan gerakan yang boleh mengancam keselamatan negara dan rakyat seperti pengeboman berani mati.

Akta Rahsia Rasmi 1971
- Melindungi dokumen dan maklumat negara yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi, semua orang, termasuk rakyat dan bukan rakyat, yang membocorkan rahsia tersebut telah melakukan kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah.

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)
- Para pelajar dilarang daripada bergerak aktif dalam politik


Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
- Badan-badan penerbitan dan media elektronik tiada kebebasan untuk mengungkitkan isu-isu sensitif yang boleh mengancam keselamatan negara.
Sebagai contoh :-

* Menerbitkan satu artikel mengaitkan isu-isu perkauman.
* Menerbitkan cerita-cerita yang mengaitkan ha-hal agama.
* Menafikan hak-hak kenegaraan dan kewarganegaraan.

Akta Hasutan 1948
- Rakyat dilarang daripada menabur fitnah dan mengungkitkan isu-isu sensitif, iaitu hak-hak keistimewaan orang Melayu, bahasa, kuasa raja-raja, dan kewarganegaraan.

Akta Keistimewaan Sabah dan Sarawak
- Kerajaan Negeri berkuasa untuk mengawal kemasukan rakyat dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak.

Parlimen
Negara Malaysia merupakan negara Demokrasi Berparlimen dan raja berperlembagaan.
Parlimen Malaysia kini mempunyai 222 kerusi yang terdiri daripada kawasan -kawasan tertentu yang meliputi bahagian-bahagian kecil dalam sesuatu kawasan.
Contoh :-

Kerusi Parlimen - Lembah Pantai, Seputeh, Kubang Pasu, Bandar Tun Razak,
Petaling Jaya Selatan, Pekan, Marang, Kuala Terangganu,
Bukit Bintang, Pasir Puteh dan sebagainya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
- Bukit Gasing, Medan, Bandar Kinrara dan sebagainya.

Demokrasi Berparlimen
Parlimen dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu :-
* Parti Pemerintah.
* Parti Pembangkang.

Dewan Rakyat
- Dewan ini diketuai oleh Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua.
- Mempunyai Setiausaha dewan rakyat atau dikenali sebagai Sekreteriat.
- Ahlinya terdiri daripada ahli-ahli politik dari pelbagai parti politik.
Parti-parti politik terdiri daripada :-

* Barisan Nasional (BN)
United Malay National Organization (UMNO)
Malaysian Chinese Association (MCA)
Malaysia Indian Council (MIC)

* Barisan Alternatif (Pakatan Rakyat) - (PA)
Parti KeADILan Rakyat (PKR)
Democracy Association Party (DAP)
Parti Agama Islam Semenanjung (PAS)
BEBAS

Parti Pemerintah
-Kumpulan ini akan membahaskan mengenai bajet tahun hadapan oleh Menteri Kewangan Malaysia, dan mentadbir negara dari segi eksekutif dan perundangan sahaja. Parlimen bertindak sebagai penggubal undang baru dan pindaan undang-undang lama mengikut kesesuaian masa kini. Tetapi pihak parti pemerintah perlu mendapat sokongan 2/3 majoriti sokongan dari kedua-dua belah pihak. Bagi menggubal dan pindaan undang-undang. Untuk dibacaan Kedua di Dewan Negara bagi mendapatkan yang berkenan DYMM Yang Dipertuan Agong (sebagai ketua badan eksekutif, perundangan dan kehakiman) kerana DYMM merupakan ketua negara.

Parti Pembangkang
- Kumpulan ini akan membahaskan mengenai isu-isu rakyat dan negara bagi memudahkan undang-undang baru digubal dan dipinda oleh parti pemerintah. Parti Pembangkang akan membangkang perbahasan dari mana-mana pihak jika isi-isi perbahasan tersebut dianggap tidak releven dan tidak ada kena mengena dengan isu-isu rakyat dan negara.

Parti Pembangkang tetapi tidak berpihak mana-mana parti.
- Parti ini merupakan sebagai orang tengah yang akan menyokong dan mempersetujui mana-mana keputusan yang dibuat oleh pihak pembangkang atau pihak pemerintah.

Sebagai kesalahan di dewan rakyat yang dibahaskan oleh pihak parti pemerintah.
- Menteri Kewangan Kedua
Tan Sri Nor Mohamed Yaakop - Membahaskan isu minyak minyak global.

Perbahasan ini tidak releven, tidak ada kena mengena dengan keluhan rakyat dan tidak ada kena mengena dengan pentadbiran negara.

Tindakan pemecatan Perdana Menteri dan penubuhan kerajaan.
- Perdana Menteri akan terlucut apabila 2/3 atau majoriti ahli rakyat menyokong usul undi tidak percaya terhadap tonggak pemerintahan perdana menteri tersebut.

Tindakan yang perlu dibuat oleh perdana menteri.
- Meletak jawatan atau mengadakan pilihanraya sekali lagi.

Kesan terhadap kabinetnya.
- Apabila perdana menteri meletakkan jawatannya, secara automatiknya semua menteri-menteri didalam kabinet wajib meletakkan jawatan. Tidak kira sama ada di dalam kementerian atau jabatan perdana menteri.

Usul lompat parti
-Apabila seseorang ahli parlimen (MP) melompat parti maka, kerusi tersebut masih milik MP tersebut sebagai contoh.

Datuk Seri Kamaruddin Awang Kassim (Pekan) - Parti Barisan Nasional (BN)
telah melompat parti dari parti pemerintah ke parti pembangkang.

Datuk Seri Kamaruddin Awang Kassim (Pekan) - Parti Islam Semenanjung (PAS)
MP masih mengekalkan kerusinya tetapi beralih kepada parti pembangkang. Kerusi Parlimen PEKAN masih milik MP tersebut dan MP tersebut masih lagi wakil rakyat bagi rakyat Parlimen PEKAN.

Artikel ini merupakan dari skop mata pelajaran Tingkatan 6 (Pengajian AM) yang mendedahkan mengenai sistem negara demokrasi berparlimen. Sebagai bakal pemimpin negara akan datang anak-anak muda perlu faham mengenai asas politik dan pentadbiran negara bagi memudahkan kita faham mengenai politik dan bukan sahaja dibutai dengan hiburan semata-mata.

0 comments:

Kem Kepimpinan Pelajar Tingkatan 6 Seluruh Selangor

Kem Kepimpinan Pelajar Tingkatan 6 Seluruh Selangor
Kenangan yang tidak terhingga dan menjadi memori yang terindah.