Wednesday 26 November 2008

Sejarah Sistem Pentadbiran Negara Malaysia (secara rigkas)


Negara Malaysia pada asalnya bernama Tanah Melayu. Sebelum kedatangan Parameswara dari Palembang Sumatera, Indonesia (yang dibawah pengaruh Hindu-Buddha).

Sejarah ini mula terbentuk apabila Parameswara terpegun melihat anjing buruannya ditendang oleh seekor kijang. Maka Parameswara menamakan negeri tersebut sempena pokok yang baginda berteduh iaitu Melaka. Negeri Melaka mul bertapak di tanah melayu dan rakyatnya terdiri daripada orang laut (nelayan) dan mempunyai kepakaran membuat kapal dan sampan termasuk pertukangan dan pengukiran.

Hukum kanun Melaka diwujudkan oleh Baginda sebagai lambang kebesaran Melayu Melaka dan pertubuhan negeri Melayu pertama.

Apabila kedatangan Potrugis (Portugal) Melaka telah dijajah dan sistem pemerintahan telah berubah dari Hukum Kanun Melaka kepada sistem perundangan Portugis. Kemudian Francais Light telah bertapak di Pulau Pinang, pada masa yang sama mereka ingin meluaskan tanah jajahan mereka dan memonopolikan hasil-hasil bahan mentah di Tanah Asia Tenggara. Bendera Union Jack yang pertama telah dinaikkan oleh Francis Light.

Selama Tanah Melayu telah dijajah oleh British pelbagai sistem telah diwujudkan oleh pihak British seperti menyatukan negeri-negeri melayu di tanah melayu, seperti negeri-negeri melayu bersekutu, negeri-negeri selat dan negeri-negeri melayu tidak bersekutu.

Sistem Residen dan Gabenor telah diperkenalkan oleh British bagi melancarkan pengaruh dan melicinkan pentadbirannya di Tanah Melayu. Sepanjang pentadbiran British di Tanah Melayu sistem perundangan British diperkenalkan oleh British di Pulau Pinang di kenali sebagai

* Piagam keadilan 1807

Kemudian, Tanah Melayu di jajah oleh Jepun, dengan membawa semangat Kamikaze (Berani Mati demi raja), sewaktu pemerintahan Jepun selama 5 tahun pelbagai masalah telah timbul seperti penindasan orang melayu, cina dan india, pencabulan perempuan melayu dijadikan pemuas nafsu jepun dan sebagainya.

Apabila Jepun menyerah kalah atas kehilangan ibu kota besar jepun iaitu Hiroshima dan Nagasaki yang di musnahkan oleh pihak Amerika Syarikat dengan menggunkan Bom Atom (buatan Jerman Nazi). British telah mengambil alih semula tonggak pemerintahan Tanah Melayu.

Selepas itu, pengaruh komunis dikalangan orang cina bermula berpaut di hati mereka. Jesteru, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Presiden UMNO-2) telah berusaha bagi mengamankan negara pada waktu itu. Selama 14 hari Komunis (PKM-Parti Komunis Malaya) telah memerintah pelbagai tragedi telah timbul seperti pembunuhan beramai-ramai, merampas makanan dan pakaian dan sebagainya. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menolak permintaan Chin Peng (Setiausaha Agung PKM) bagi menerima parti itu didalam gagasan pembentukan negara.

Ideologi Parti Komunis Malaya (PKM) - Bintang 3
- Tidak percaya kewujudan tuhan.
- Tidak berpegang pada mana-mana agama.
- Menghalalkan pembunuhan secara terbuka.
- Semua harta, hak milik rakyat dan harta negara merupakan milik parti.
- Menghapuskan sistem raja-raja dan digantikan dengan Presiden.

Dengan penolakan ini Tanah Melayu selamat dari ancaman komunis. Bagi mengawal pengaruh komunis di Tanah Melayu, Kerajaan British telah memperkenalkan sistem Kewarganegaraan atau sistem kad pengenalan. Cara ini diwujudkan oleh British bagi mengenal pasti ahli komunis atau bukan. Pihak komunis selalunya hanya tinggal didalam hutan sahaja.

Apabila PKM dibubarkan, agenda untuk menuntut kemerdekaan diteruskan. Sewaktu itu bangsa melayu tidak bersatu kerana oleh faktor pengaruh dari penjajah amat tebal didalam jiwa mereka. Apabila British mengistiharkan Gagasan Malayan Union orang melayu bangkit dan menentang penubuhan Malayan Union.

Gagasan Malayan Union.

- Sistem Kerakyatannya yang longgar. Semua rakyat dari jajahan British boleh menjadi rakyat tanah melayu.

- Raja- raja melayu kehilangan kuasa memerintah negeri masing-masing dan diambil alih oleh residen.

- Tandatangan sokongan raja-raja melayu diambil secara tipu helah dan paksaan.

Kerana perkara ini jalankan oleh British untuk memecah belahkan orang melayu dan mempertikaikan hak-hak orang melayu di tanah air sendiri. Maka, orang melayu bangkit membantah penubuhan Malayan Union.

Apabila pembubaran Malayan Union telah dijalankan dengan rasminya. Agenda menuntut kemerdekaan dijalankan. Dengan kegigihan orang melayu dan pemimpin-pemimpin melayu sanggup bermandi peluh untuk mengusahakan demi membebaskan negara dari tangan penjajah.

Apabila kemasukan Jepun, berjanji akan memerdekakan tanah melayu ini dari jajahan British. Malahal, anak-anak dara melayu ditangkap dan dijadikan habuan pemuas nafsu mereka, ketua-ketua kampung, pemuda-pemuda dan rakyat jelata terutamanya orang melayu diseksa dengan kejam. Begitu juga selama 14 hari penjajahan PKM (Komunis Bintang 3) membakar rumah-rumah dan membunuh sesuka hati dikhalayak ramai.


Bangkitlah wahai bangsa melayu, suarakan hak-hak kamu untuk menjaga maruah, kedaulatan dan kesucian ketuanan melayu dan kuasa raja-raja melayu. Cukuplah tanah air kita dijajah oleh kuasa asing selama 400 tahun lamanya. Bermula dari zaman kesultanan melayu melaka berterusan ke zaman Mat Kilau, Tok Janggut, Dato Maharajalela, Hang Tuah dan 4 beradiknya, Dato Bahaman dan semua pahlawan-pahlawan melayu terdahulu, menentang Inggeris mencampuri hak-hak istimewa orang melayu termasuk adat resam dan hal ehwal agama Islam.

Tanah air ini merupakan warisan nenek moyang kita terdahulu yang sanggup bermandi darah, tanpa kenal erti penat dan setiap titisan peluh dan darah mereka amat bermakna di tanah yang kita sedang nikmati ini. Sedarlah wahai bangsa melayu, janganlah kita mengagung-agungkan budaya barat ini. Kebanyakan orang melayu mudah terpengaruh dengan ajakan paradikma dari barat yang majoritinya beragama yang berbeza dengan Islam. Adakah hina adat resam bangsa melayu ini sehingga sanggup meninggalkan adat resam bangsa kita dan budaya kita ini.

Malaysia merupakan negara berdaulat yang ketuanya merupakan orang melayu, rajanya pula orang melayu dan majoriti rakyatnya orang melayu dan penduduk asalnya juga orang melayu sebelum British membawa masuk imegren dari negara China dan India supaya bekerja di estate-estate dan lombong-lombong bagi menyedut hasil bahan mentah dari bumi melayu ini.

Sudah 51 tahun kita merdeka, hanya melaungkan "MERDEKA" "MERDEKA""MERDEKA" tetapi kita tidak pernah menghayati slogan ini. Anak melayu sendiri benci sejarah, bagi mereka sejarah tidak penting bagi mereka, bagi saya bangsa melayu seperti ini yang akan menjual negara ini ketangan bangsa lain, kerana bangsa melayu yang korupsi ini tidak pernah kenal apa itu perjuangan dan apa itu pengorbanan.

Bersatulah wahai bangsa melayu, ketepikan ideologi kepartian tidak kiralah sama ada kita berasal dari parti mana (UMNO, PKR atau PAS) yang pentingnya bangsa kita, agama kita perlu di jaga dari dimanipulasikan oleh bangsa lain termasuk kuasa ketuanan melayu kita ini. Adakah kita mahu gagasan seperti Malayan Union dibentangkan di Parlimen nanti? Jawapannya "aku tidak mahu"

Negara Malaysia mempunyai 222 buah kerusi kawasan dan 2 pihak yang mentadbir dan menggubal nundang-undang negara iaitu pihak kerajaan dan pembangkang. Tidak kiralah bangsa malayu dari pihak mana bersatu mempertahankan maruah ketuanan melayu kita, hak kita dan kesucian agama Islam.

Slogan bekas perdana menteri Malaysia yang ke-4 :-

Tun Dr. Mahathir Muhamad

"Melayu Mudah Lupa"

Jika melayu bersatu dan berjuang menegakkan hak bangsanya. Slogan tersebut akan bertukar kepada.

"Melayu Tidak Mudah Lupa"

"HIDUP MELAYU" "HIDUP MELAYU" "HIDUP MELAYU"

"FISABILILLAH"

"ALLAHHUAKBAR" "ALLAHHUAKBAR" "ALLAHHUAKBAR"

TERIMA KASIH PEMIMPIN TANAH AIR KU KERANA MENGEKALKAN TANAH AIR INI DAN MEWARISKAN TANAH AIR INI KEPADA BANGSA ASALNYA DAN TERIMA KASIH KEPADA BANGSA KU KERANA MENYEDARKAN KU MENGENAI PERJUANGAN SEBENAR BANGSA KU, KETUANAN BANGSA KU, DAN HAK-HAK BANGSA MELAYU INI.

0 comments:

Kem Kepimpinan Pelajar Tingkatan 6 Seluruh Selangor

Kem Kepimpinan Pelajar Tingkatan 6 Seluruh Selangor
Kenangan yang tidak terhingga dan menjadi memori yang terindah.