Salammualaikum,
Hari ni aku nak citer pengalaman aku bergotong-royong dengan penduduk tempat aku Lembah Pantai. Aku kena bertugas kat Kondo Rakyat (bukan kondo pangsapuri jer. Nama tempat jer kondo, heheh) herm, ini lor kali pertama aku merasai menjalankan ibadah korban, memang puas hati, best giler....
Tempat aku kalau total semua 27 ekor lembu sekali ngan kambing lor. Kau nak tahu dah lor ujan, mula2 aku malu-malu nak tolong last-last dah ada pisau kat tangan aku tolong jer lor, apa yang patut. Ada abg group aku (Pemuda PKR) suruh tolong melapah kulit lembu. Aku sebenarnya mana tahu nak melapah kulit lembu ni (hehhe..kantoi) aku tengok abg2 aku tu buat, aku pun toreh jer lor..asalkan kulit tercabut dan daging tak rosak cukup lor, hehe...
Yang sebenarnya best gak melapah kulit ni...hehe, pas seekor aku habis melapah terus confident lor....apa lagi aku lapah lagi 3 ekor...memang terasa penat dia...(pancit maklum lor smoker)..
;p heheh
Tengah syok2 melapah, pastu big boss aku datang (YB Nurul Izzah Anwar- Parlimen Lembah Pantai) pastu aku ngan abg2 aku tinggalkan jer lor lembu2 tu. Jumpe YB tanya khabar semua, ingat lagi YB kat aku..hehe, sebab kami pernah jumper dulu..hehee, memang puas hati dapat bergambar ngan dia bukan selalu dapat jumpekan..heheh...
Pastu, ada lor makan2 sikit kira jamuan lor...hehe, memang layan giler sup perut dier...aku apa lagi, ambik lor sikit bawak balik, nak ambik banyak bekas tak da. Aku tolong bersihkan semua ngan abg2 PKR aku bersihkan semua lor, lantai kerusi, periuk belanga, besen semua..hhhehe
Tapi, aku memang tak sangka banyak gak aku dapat daging, tapi, yer lor mana leh makan semua kan, jadi aku sedekah lor kat jiran2 aku..
K...itu jer cerita pasal aku untuk ibadah korban..
Selamat Hari Aiduladha
"Semoga Allah s.w.t menerima ibadah dan amalan kita amin.."
Monday, 8 December 2008
Sehari Berkorban
Posted by Mr. Aduka at 12/08/2008 11:43:00 pm 0 comments
Penawar Hati Yang Terluka
Salammualaikum....
Herm, sekarang aku dah meluahkan semua apa yang aku rasa selama ini.
Tapi, ada yang mengatakan hidup ini pasti ada perpisahan dan pertemuan,
suka dan duka, pahit dan manis, indah dan penderitaan.
Tapi, itu semua dah berlalu dalam hati aku, nak tahu kenapa?
sebab, ada perempuan yang sanggup menerima aku walaupun aku dah
mendedahkan aib aku pada dia (bukan kemaluan aku) jangan jadi otak kuning.
Tapi, jawapan dia "saya tak kisah asalkan awak dah berubah cukup lar, dan
bertaubat". Tapi bila aku cakap, dulu masa aku ada girlfriend suka pegang2 dan
cium-cium mcm tu. Jawapan dia, "iye ker, tapi itu dulukan sekarang awak dah tak buat lagikan, jangan fikir bukan2 k".
Tapi dia tetap dapat terima aku, aku bingung...dan rasa seperti bermimpi..mcm mana
perempuan yang lembut dan baik leh terima lelaki yang perangai au'zubillah mcm aku ni??
Tapi jawapan dia "tapi bagi saya awak baik" aku tak sangka dia boleh menerima diri aku yang tak perfect ni...selalunya kebanyakan perempuan lari bila aku menceritakan semua
pasal diri aku sebenarnya. Lebih baik berterus terang dahulu dari awek2 ni membuat kesimpulan yang lainkan...
Aku kenal dia di myspace. Mula-mula dia yang add aku, pastu mula-mula kami berborak pasal Kadet Remaja Sekolah. Dia ni orang Kedah, nama dia nanti aku bagi tau. Pastu aku tinggalkan no telefon aku kat msg dia (dalam myspace) herm, tak lama lepas tu dia msg aku, pastu miss call.
Aku memang malas nak layan orang miss call2 ni (sorry leh sapa yang terasa ek)
pastu aku balas msg dia kat fon aku, dia kata nama dila. aku dah blur dia kata tinggal kat sungai petani, kedah, lagi lor aku blur...pastu dia kata aku bagi no fon aku kat dia, nickname dia "@yuzz" baru aku ingat. Dari situ lor kami berkawan.
Pastu, kami msg2 guna fon. Sampai kredit aku habis msg jer memanjang jer kejer (bukan dengan seorang jer lor) hehehe..kantoi lor lak...masa tu belum couple lagi...tak per..
dia tetap msg aku, entah kenapa masa tu dia tetap nak msg ngan aku. Walaupun dia dah ada boyfriend so, aku malas nak kacau...milik orang (tapi ada gak aku kacau hehe..)
Masa tu aku nak gi kursus kat biro tatanegara, Kedah. Dia ambil berat pasal aku, dia tanyer aku dah makan ker belum, sihat ker tak??, berapa lama kem...mcm2 lor dia tanyer..
Masa tu aku ngah lepak2 jer lor ngan member2 baru akukan...sambil tu balas lor msg dia.
Bila aku habis jer kursus aku buka fon (fon kena rampas) banyak giler msg ngan miss call, ada dari mama aku, ada dari kakak aku, yang paling banyak Dila lor 3 kali miss call. Aku dah pelik kan dia dah ada pakwe tapi naper dia miss call aku sampai 3 kali??? pelik2..
Erm, detik cinta bermula bila aku keluar ngan abang angkat aku nak gi makan tengah malam kat Uptown Kota Damansara Seksyen 3. Agak lama lor aku berkawan ngan dia dari sebelum puasa.
Tapi, kebanyakan dia yang call lor...heheh, aku yang suruh dia call...(jahat giler aku)...tapi dia call gak, tak bangkang pun..kalau alasan pun "saya malu, segan" dan kawapan paling famous "tak cukup kredit" hehe...tapi dia tetap call...
Masa on the way ke uptown tu, aku tanyer boyfriend tak marah ker asyik msg ngan call saya ni. Dia kata dah putus, aku pun apa lagi sajer try lor...pastu dia kata "nak fikir dulu, dan akan buat keputusan yang terbaik untuk kita" aku pun tunggu lor...selang beberapa hari aku try panggil dia sayang , dia sikit pun tak marah jadi aku teruskan jer lor...hehe, pastu dia kata takut nak bercinta sebab dalam percintaan banyak duka dan penderitaan. Jadi aku pun mengeluarkan ayat-ayat cinta aku, "ayang akan menjadi bf yang terbaik untuk sayang" dia balas "insyaallah saya pun harap hubungan kit ni akan berkekalan" dia sanggup menerima aku seadanya dan aku sentiasa berdoa pada Allah s.w.t supaya menemukan aku dengan seorang perempuan yang boleh menerima diri aku yang serba kekurangan ni...
Tapi, malangnya aku di Kuala Lumpur dan dia berada di Kedah, huhuhu....hanya boleh menangung rindu sahaja lor...Tapi tak apa, aku dah janji dengan dia yang aku akan pergi ke kedah untuk berjumper dengan dia lepas habis STPM nanti...Kalau dia datang KL dia pun nak jumper aku, nak melepaskan rindu di hati...maklum lor orang yang sedang bercinta mesti nak bermanje-manje, bergurau-senda dan sebagainya (jangan fikir bukan-bukan k).
Nama dia Nur Fadhilah Binti Hazmi (Penawar luka di hati ku yang sudah sekian lama)
Alhamdulillah akhirnya aku berjumpa dengan seseorang yang sanggup menerima aku dan membalas cinta aku..syukur Amin..terima kasih ya ALLAH...
Itu lor kisah pengenalan aku dan dia, hehe....
Aku nak ucapkan terima kasih pada Nadia, Fatin, Fikri, Ika, Zira, Nc dan kawan-kawan semua yang memberi kata semangat dan sudi berkawan ngan aku walaupun menolak cinta aku nadia dan fatin(sebab mereka dah ada) mereka tetap sudi nak berkawan dengan aku dengan hati yang terbuka..terima kasih semua..memberi nasihat yang berguna pada aku...
Korang pun doakan aku dan dia sentiasa bahagia dan kekal sampai bila2 k....kecuali parents dia menghalang hubungan kami lor....Parents aku open minded..hehhe, parents aku tak kisah....heheh...
Posted by Mr. Aduka at 12/08/2008 02:59:00 am 1 comments
Saturday, 6 December 2008
Barisan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat

YB Dato' Haji Mohamad Noah bin Omar
01.09.1959 - 29.02.1964
YB Dato' Syed Esa bin Alwee
18.05.1964 - 24.11.1964
YB Tan Sri Dato' Chok Mohamad Yusuf bin Sheikh Abdul Rahman
25.11.1964 - 03.11.1974
YB Tan Sri Datuk Haji Nik Ahmad Kamil Haji Nik Mahmood
04.11.1974 - 20.12.1977
YB Tan Sri Datuk Dr Syed Nasir bin Ismail
09.01.1978 - 16.03.1982 
Y. A. Bhg. Tun Dato' Seri Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail
14.06.1982 - 14.10.2004
YB Tan Sri Dato' Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib
22.11.2004 - 27.04.2008
YB Tan Sri Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia
28.04.2008 - kini
Mereka merupakan orang yang mempengerusikan
Posted by Mr. Aduka at 12/06/2008 07:01:00 pm 0 comments
Wednesday, 3 December 2008
Perlembagaan Negara
Perlembagaan Malaysia dibentuk melalui Suruhanjaya Reid bagi merangka perundangan tanah melayu yang berdaulat dan merdeka.
Pilihanraya Demokrasi Berparlimen diadakan pada tahun 1951. Diberi nama Pilihanraya Tempatan 1951.
Fungsi draf Perlembagaan Malaysia berasaskan beberapa perkara :-
- Sebuah Kerajaan Persekutuan yang kuat.
- Memelihara kedudukan dan keistimewaan orang Melayu.
- Menjamin kedudukan sultan-sultan sebagai ketua negeri masing-masing.
- Melindungi kepentingan sah kaum-kaum bukan melayu.
- Prinsip-prinsip demokrasi dengan raja berperlembagaan.
Suruhanjaya Ried dianggotai oleh :-
* Lord Reid dari United Kingdom (England)- Ketua
* Sir Ivor Jennings dari United Kingdom (England)
* Sir Willian Mckell dari Australia
* B. Malik dari India
* Hakim Abdul Hamid dari Pakistan (wakil agama Islam)
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi didalam pentadbiran sesuatu negara dan undang-undang bertulis. Undang-undang yang ditubuhkan oleh badan perundangan akan terbatal secara automatik. Undang-undang akan terbatal jika undang-undang tersebut bercanggah dengan perlembagaan negara.
Perlembagaan Negara mengandungi 183 buah perkara yang menyebut mengenai hak-hak orang melayu, majlis raja-raja melayu, hak-hak warganegara malaysia, raja berperlembagaan dan sebagainya.
Rang Undang-Undang Negara
Contoh:-
Undang-undang Subvertif
- Kerajaan berkuasa untuk menahan dan menghukum mereka yang mengancam keselamatan negara.
Undang-undang Darurat
- Kerajaan berkuasa untuk mengenakan perintah berkurung dan pasukan keselamatan berkuasa untuk menembak serta membunuh
sesiapa sahaja yang mengingkari undang-undang darurat tanpa pembicaraan.
Akta Keselamatan Dalam Negeri /Interior Security Act (ISA) 1960
- Seseorang boleh ditahan tidak melebihi 2 tahun tanpa perbicaraan jika pada pandangan kerajaan, orang itu mengancam keselamatan negara.
sebagai contoh :-
* Pemimpin gerakan gerilla.
* Melakukan huru-hara sehingga boleh menjejaskan keselamatan rakyat.
* Melakukan gerakan yang boleh mengancam keselamatan negara dan rakyat seperti pengeboman berani mati.
Akta Rahsia Rasmi 1971
- Melindungi dokumen dan maklumat negara yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi, semua orang, termasuk rakyat dan bukan rakyat, yang membocorkan rahsia tersebut telah melakukan kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah.
Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)
- Para pelajar dilarang daripada bergerak aktif dalam politik
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
- Badan-badan penerbitan dan media elektronik tiada kebebasan untuk mengungkitkan isu-isu sensitif yang boleh mengancam keselamatan negara.
Sebagai contoh :-
* Menerbitkan satu artikel mengaitkan isu-isu perkauman.
* Menerbitkan cerita-cerita yang mengaitkan ha-hal agama.
* Menafikan hak-hak kenegaraan dan kewarganegaraan.
Akta Hasutan 1948
- Rakyat dilarang daripada menabur fitnah dan mengungkitkan isu-isu sensitif, iaitu hak-hak keistimewaan orang Melayu, bahasa, kuasa raja-raja, dan kewarganegaraan.
Akta Keistimewaan Sabah dan Sarawak
- Kerajaan Negeri berkuasa untuk mengawal kemasukan rakyat dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak.
Parlimen
Negara Malaysia merupakan negara Demokrasi Berparlimen dan raja berperlembagaan.
Parlimen Malaysia kini mempunyai 222 kerusi yang terdiri daripada kawasan -kawasan tertentu yang meliputi bahagian-bahagian kecil dalam sesuatu kawasan.
Contoh :-
Kerusi Parlimen - Lembah Pantai, Seputeh, Kubang Pasu, Bandar Tun Razak,
Petaling Jaya Selatan, Pekan, Marang, Kuala Terangganu,
Bukit Bintang, Pasir Puteh dan sebagainya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
- Bukit Gasing, Medan, Bandar Kinrara dan sebagainya.
Demokrasi Berparlimen
Parlimen dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu :-
* Parti Pemerintah.
* Parti Pembangkang.
Dewan Rakyat
- Dewan ini diketuai oleh Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua.
- Mempunyai Setiausaha dewan rakyat atau dikenali sebagai Sekreteriat.
- Ahlinya terdiri daripada ahli-ahli politik dari pelbagai parti politik.
Parti-parti politik terdiri daripada :-
* Barisan Nasional (BN)
United Malay National Organization (UMNO)
Malaysian Chinese Association (MCA)
Malaysia Indian Council (MIC)
* Barisan Alternatif (Pakatan Rakyat) - (PA)
Parti KeADILan Rakyat (PKR)
Democracy Association Party (DAP)
Parti Agama Islam Semenanjung (PAS)
BEBAS
Parti Pemerintah
-Kumpulan ini akan membahaskan mengenai bajet tahun hadapan oleh Menteri Kewangan Malaysia, dan mentadbir negara dari segi eksekutif dan perundangan sahaja. Parlimen bertindak sebagai penggubal undang baru dan pindaan undang-undang lama mengikut kesesuaian masa kini. Tetapi pihak parti pemerintah perlu mendapat sokongan 2/3 majoriti sokongan dari kedua-dua belah pihak. Bagi menggubal dan pindaan undang-undang. Untuk dibacaan Kedua di Dewan Negara bagi mendapatkan yang berkenan DYMM Yang Dipertuan Agong (sebagai ketua badan eksekutif, perundangan dan kehakiman) kerana DYMM merupakan ketua negara.
Parti Pembangkang
- Kumpulan ini akan membahaskan mengenai isu-isu rakyat dan negara bagi memudahkan undang-undang baru digubal dan dipinda oleh parti pemerintah. Parti Pembangkang akan membangkang perbahasan dari mana-mana pihak jika isi-isi perbahasan tersebut dianggap tidak releven dan tidak ada kena mengena dengan isu-isu rakyat dan negara.
Parti Pembangkang tetapi tidak berpihak mana-mana parti.
- Parti ini merupakan sebagai orang tengah yang akan menyokong dan mempersetujui mana-mana keputusan yang dibuat oleh pihak pembangkang atau pihak pemerintah.
Sebagai kesalahan di dewan rakyat yang dibahaskan oleh pihak parti pemerintah.
- Menteri Kewangan Kedua
Tan Sri Nor Mohamed Yaakop - Membahaskan isu minyak minyak global.
Perbahasan ini tidak releven, tidak ada kena mengena dengan keluhan rakyat dan tidak ada kena mengena dengan pentadbiran negara.
Tindakan pemecatan Perdana Menteri dan penubuhan kerajaan.
- Perdana Menteri akan terlucut apabila 2/3 atau majoriti ahli rakyat menyokong usul undi tidak percaya terhadap tonggak pemerintahan perdana menteri tersebut.
Tindakan yang perlu dibuat oleh perdana menteri.
- Meletak jawatan atau mengadakan pilihanraya sekali lagi.
Kesan terhadap kabinetnya.
- Apabila perdana menteri meletakkan jawatannya, secara automatiknya semua menteri-menteri didalam kabinet wajib meletakkan jawatan. Tidak kira sama ada di dalam kementerian atau jabatan perdana menteri.
Usul lompat parti
-Apabila seseorang ahli parlimen (MP) melompat parti maka, kerusi tersebut masih milik MP tersebut sebagai contoh.
Datuk Seri Kamaruddin Awang Kassim (Pekan) - Parti Barisan Nasional (BN)
telah melompat parti dari parti pemerintah ke parti pembangkang.
Datuk Seri Kamaruddin Awang Kassim (Pekan) - Parti Islam Semenanjung (PAS)
MP masih mengekalkan kerusinya tetapi beralih kepada parti pembangkang. Kerusi Parlimen PEKAN masih milik MP tersebut dan MP tersebut masih lagi wakil rakyat bagi rakyat Parlimen PEKAN.
Artikel ini merupakan dari skop mata pelajaran Tingkatan 6 (Pengajian AM) yang mendedahkan mengenai sistem negara demokrasi berparlimen. Sebagai bakal pemimpin negara akan datang anak-anak muda perlu faham mengenai asas politik dan pentadbiran negara bagi memudahkan kita faham mengenai politik dan bukan sahaja dibutai dengan hiburan semata-mata.
Posted by Mr. Aduka at 12/03/2008 10:45:00 pm 0 comments
Tuesday, 2 December 2008
Perasaan
Kadang-kadang hidup ini tak adil...
bila fikir-fikirkan balik memang tak adil..
kalau pasal mencari cinta, memang susah nak dapatkan yang betul-betul setia...
Masa aku mula-mula putus pasal ex-awek aku ngan kawan ku tu..
aku cuma fikir semua perempuan kat dunia ni sama jer...
harap muka jer lawa, pakai tudung tapi hati lagi jahat dari iblis...
Aku berazam untuk menawan hati setiap perempuan yang aku suka...
tapi usaha dan niat aku tak kesampaian...mungkin tuhan menurunkan musibah pasal
dosa aku yang lepas...
Dulu kawan-kawan aku pernah cakap, kalau dah suka tu pikat lor....
Tapi aku tak suka ganggu orang yang ada pasangannya...
sebab tu aku pergi mana-mana semua berseorangan...keluar, makan, bersiar-siar..
kadang-kadang pergi mandi kat air terjun ulu yam pun sorang-sorang jer...
nak bawak sapa, awek??? awek pun tak nak kat aku...
Bila aku melamar setiap perempuan yang aku suka, mesti dia kata aku playboy...
dia kata aku tipu lor, ada awek cakap tak da...malahal memang tak da...
memang susah ada muka yang putih dan tak "hensem" langsung ni....
Hanya kawan-kawan yang raoat jer yang tau isi hati aku, sudi mendengar keluhan hati aku, menjadi tempat aku meluahkan perasaan sedih dan gembira ku...
Itu semua seakan-akan pudar dari diri ku...
Lama-lama aku rasa diri ku untuk menerima sesiapa tak kira awek ker kawan ker akan hilang dari fikiran ku...
Adakah aku akan berbujang sampai tua...yer lor asyik kena reject jer...
Entah gadis yang manalah akan menjadi buah hati ku, memang malang nasib awek tu..
sebab nasib aku pun malang gak...
hanya awek yang sering kena reject jer kot, yang akan menjadi awek aku...
reject+reject = terima
entah lor..
kadang-kadag fikir pasal ni membuat aku menangis setiap malam, sebab tak da perempuan yang nak kat aku..
huuhuuuu...
Posted by Mr. Aduka at 12/02/2008 03:55:00 pm 0 comments
Aku ngan pakcik mencuri ayam ramadhan
Salammualaikum...
Sekarang aku nak ceritakan sikit pasal kehidupan di pekan.
Dulu aku tinggal kat kampung tapi kat KL gak lor...(Pantai Dalam)
Orang-orang kat sini semua peramah...
awek-awek dia pun semua comel2 tapi, semua suka duduk rumah..
sebab orang tua dulu-dulu pantang awek-awek ni kuar rumah sebab takut kena ngorat..
heheeh...
kalau keluar gak confirm kena sebat ngan mak bapak diaorang...
Tapi sejak kampung ni menjadi pekan. Ramai kawan-kawan masa aku kecil pindah...
herm...ada gak jumper tapi tak ingat lor...masing-masing dah lupa maklum lor 10 tahun tak jumper..
Hahah....dulu aku suka main ayam laga, jadi semenjak ayam aku kena rembat ngan budak kampung seberang (memag kurang ajar giler) aku pun pergi lor mencuri ayam itu masa umur aku 11 tahun...kaki mengajar pakcik aku...(tak guna punyer pak cik, tak leh pakai) masa tu bulan pose...adaker orang pergi masjid semayang teraweeh dia semayang teraweeh kat reban ayam umah pak lang (kedai runcit) rumah dia banyak ayam laga hebat2 lak tu..
Jadi malang tidak berbau...masa nak mencuri tu (pakcik aku yang rembat aku perhatikan jer)
ada orang baru balik kerja sebab reban dia tu dekat2 dengan orang turun bas...walaupun gelap..
orang tu sergah lor...
aku ngan pakcik aku lari lintang pukang. nak lari balik umah kena lalu rail keretapi (paham-paham lor rail keretapi mesti ada pagar besi) pagar tu memang dah siap kena potong dengan penduduk kat situ dah jadi macam lubang lor...
Last-last muka pakcik aku terkena dawai kat pagar tu...mula-mula dia relaks jer...hero lor katakan..lepas dia tengok banyak darah keluar, dia meraung mcm orang dah nak mati lor..
"mak abang tak nak mati mak, huuhuh....mak abang tak nak curi ayam lagi mak" ayat tu jer lor dia memekek sampai balik umah...bapak dia garang, lepas bapak dia balik dari kerja (bomba) bapak dia tanye apasal muka dia tu, last-last mak dia cakap balasan curi ayam, bapak dia terus belasah dia malam tu gak.....kesian..
Nasib baik aku masa tu, tapi nasib tak menyebelahi aku gak...lepas tu aku pulak kena belasah ngan bapak aku pasal bersubahat, yang sebenarnya aku ada orang lagi pakcik aku dia ni macam bangsat sikit...mula dia yang bawa aku pergi jumper pakcik aku yang tengah curi ayam ni...last-last dia kata "dilottak curi, dilot hanta dia jer, yang curi dia ngan iwam" malahal pakcik aku yang dilot ni bawa balik ayam tu.
Dia tak kena apa-apa,maklum lor anak bapak lor katakan...orang-orang kat situ anggap si dilot ni baik, alim, mcm2 lar...naik meluat aku dengar...
herm...aku rasa itu jer lor kot....k..kot2 kalu ada cerita best2 yang aku ingat aku tulis k...
heheh...
Posted by Mr. Aduka at 12/02/2008 02:00:00 pm 0 comments
Monday, 1 December 2008
Dalam Hati Ada Cinta
Herm....kalau nak katakan setiap manusia itu tak da perasaan tak jugak.
Kadang-kadang timbul perasaan pada seseorang yang kita tak begitu rapat.
O.k, aku akan menceritakan sedikit pasal peristiwa cinta aku dari mula-mula aku timbul
perasaan cinta ni.
Aku mula-mula bercinta masa umur 12 tahun, (masa tu budak2 tak tau apa2)
Awek tu tak lor cantik sangat, tapi entah mcm mana aku leh couple ngan dia aku pun tak tau.
Pak cik aku yang satukan aku ngan dia, dia kawan sepupu aku.
Last-last putus sebab dia ni jenis yang playgirl, kecik2 dah pandai main jantan.
Masyaallah...dah besar aku pun tak tau dia jadi apa (muka pun tak ingat lagi)...
Masa tu aku tak ramai kawan2 perempuan, sebab perangai dan kenakalan aku mcm SETAN....
(baik dari setan lor)... tapi ada juga perempuan nak kawan ngan aku entah apa entah dia suka kat aku. Nama dia Siti Zahrah, dia cukup baik dengan aku, tapi tak da perasaan kat aku pon sebab aku ngan dia kawan baik, dulu dia lor tempat aku melepaskan perasaan sedih aku, gembira aku, herm..kira semuanya dia lor...
Tapi, sekarang dah lose contact, huhuhu....
Pastu, erm...bila aku start form 3 aku ada awek..kami memang bahagia giler...tapi, lepas 3 bulan bercinta, dia dah mula berubah hati, ajak kuar semua tak nak... alasan "nak study" tuhan tu maha kaya kan...last-last kantoi bercumbu ngan member baik aku sendiri..siap peluk2, semua...cium mulut lak tu....depan mata tau, masa tu aku rasa mcm nak belasah jer 2-2 sekali....tapi ada gak member perempuan aku yang halang, aku masih ingat apa dia kata "kalau awek kau sayangkan kau dia tak buat mcm tu, tapi salah dia gak kalau dia tak layan mamat tu mesti tak jadinya" pastu berselisih, dia nampak aku buat bodoh jer....pastu aku call lor awek aku ni, malam tu.... dia kata itu bukan dia, itu awek dia...dia kata dia ada adik kembar seiras...bila aku call mak dia, mak dia kata "tak da"....
Semenjak dari itu aku dah tak percaya semua perempuan, bagi aku semua perempuan itu sama jer...masa form 5 aku ada awek lagi, tapi itu hanya setakat melepaskan dendam aku jer...
Tapi, bila aku mula sedar tentang pengorbanan cinta apabila aku mula menonton filem
Ayat-Ayat Cinta
yang menceritakan seorang lelaki berhati mulia, mendapat isteri seorang yang cantik dan terpegun dan terpaut dengan kesucian akhlaknya. Dari situ hati ku mula menjadi lembut dan melepaskan dendam aku yang lalu. Hati ku sudah mula lembut, dan sudi menerima sesiapa sahaja yang sudi menjadi teman hidup ku.
Tapi sehingga sekarang aku masih belum berpunya, ada juga aku meluahkan perasaan aku kat perempuan yang aku sukai dan jatuh hati pada dia. Tapi semua perempuan yang aku luahkan kebanyakannya menolak cinta aku, mungkin pasal dosa aku yang lepas.
Tapi itu aku ambil sebagai pengajaran dalam percintaan dan kehidupan ku. Kawan-kawan ku ada juga berkata "bunga bukan sekuntum, nanti ada juga perempuan untuk kau", abah pernah cakap "engkau mencari dan tuhan yang menentukan" tapi lepas itu perempuan yang aku lamar dulu, terus tak bercakap dengan aku dan menegur aku pun.
Selepas itu, aku menghadiri satu kursus selama 5 hari (tapi dalam surat 8 hari) hehehe...
aku ada jugak lor aku minat kat perempuan ni..nama dia Nadia, Fatin dan Najwa...Tapi 3-3 tolak...sebab 3-3 dah berpunye, herm...mungkin dah nasib aku mcm ni...tapi hanya 2 orang ni jer yang memberi aku semangat...iaitu nadia dan fatin.
Fatin kata : kita berkawan dulu, mana tau kot2 jadi lain ker, lagi pun saya tak tau lagi bf saya ni akan menjadi husband saya.
Nadia kata : Saya faham awak terluka, tapi saya dah ada couple, tak per nanti awak akan tenang.
saya gembira dapat kawan mcm awak. Saya ikhlas dapat kawan macam awak.
Aku cukup gembira mempunyai kawan seperti mereka walaupun mereka menolak cinta aku tapi mereka memberi harapan kepada ku...Selepas peristiwa itu, aku terus putus asa, sekarang aku cuma buat bodoh jer....sebab aku dah tak mahu meluahkan perasaan aku pada perempuan sebab setiap kali aku meluahkan perasaan aku kat perempuan, bukan kebahagian yang aku dapat sebaliknya kekecewaan yang aku dapat...
Entah lor, aku bukan tak nak fikir pasal awek2 ni, tapi aku memerlukan kekasih hati untuk meluahkan kesedihan, bermanje, dan meluahkan apa yang aku pendamkan selama ni yang membuat aku sakit dan terluka...
Aku harap aku akan jumper perempuan yang cantik (mestilah), tidak mata duitan, dapat menerima aku seadanya, ikhlas pada ku, jujur dan memahami ku..
Posted by Mr. Aduka at 12/01/2008 08:08:00 pm 1 comments
Kem Kepimpinan Pelajar Tingkatan 6 Seluruh Selangor
Kenangan yang tidak terhingga dan menjadi memori yang terindah.

